MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan MINI Countryman Roof Art Edition, tampil dengan gubahan unik oleh artis watan bernama Jared Lim – atau lebih biasa dipanggil “Professional Crayon”, yang telah merangkapkan keunikan Malaysia menerusi karyanya.

Dengan tema gubahan “Foliage” atau “Dedaun” dalam bahasa Melayu, beliau menyulam unsur kembara dengan elemen-elemen yang mewarnai budaya tempatan kita, justeru melahirkan iterasi MINI Countryman yang sungguh menawan.

Linnet Yew, Ketua MINI Malaysia berkongsi, "MINI Malaysia senantiasa menjulang semangat diversiti yang merentasi pelbagai budaya. Menerusi jentera edisi Roof Art yang baharu ini, kami menunaikan komitmen untuk mendukung artis-artis tempatan dalam industri seni, dengan harapan agar kolaborasi seperti ini dapat melahirkan pelbagai produk yang mampu mengeratkan lagi hubungan antara kita dengan para pengguna.”

“Jared mempunyai kreativiti dalam pelbagai disiplin dan kami benar-benar hargai beliau sebagai rakan kongsi kami. BMW Group dan Jared telah berganding bahu dalam pelbagai projek, mencetus kelahiran karya-karya menarik yang terus memberi inspirasi kepada kita semua sehingga ke hari ini.

MINI Countryman Roof Art Edition didatangkan bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 4 Tahun oleh MINI berserta Servis Berjadual Percuma. Harga runcit yang disyorkan berserta SST (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

MINI Countryman Roof Art Edition RM 264,888.00