IJM Land sekali lagi membuktikan kehebatannya sebagai pemaju hartanah dan pembangun
perbandaran di Malaysia apabila mencipta kejayaan luar jangkaan menerusi projek kediaman bertanah Avela di IJM Rimbayu.
Projek pembangunan terkini di perbandaran itu terus menarik perhatian pembeli rumah yang mencari kediaman idaman di sekitar Lembah Klang. IJM Rimbayu telah membuktikannya sebagai perbandaran berkembang pesat sejak sedekad lalu, dan kini Avela menjadi lambang kepada kehidupan merentasi pelbagai generasi yang begitu teguh.
Konsep di sebalik “Avela” diilhamkan daripada spesies burung dikenali Avila yang melambangkan perpaduan keluarga yang menetap di bawah satu bumbung merentasi generasi yang kini telah diterima dengan penuh semangat oleh seluluh penduduk dan
masyarakat secara umumnya.
Avela merupakan pembangunan berketumpatan rendah dengan hanya 445 unit kediaman
ditawarkan dalam kawasan berpagar dan berpengawal. Di tengah-tengah kurangnya pembangunan bertanah di Lembah Klang, kewujudan Avela menjadi bukti kepada keharmonian sebenar sebuah kediaman.
Ini terbukti apabila Fasa 17A dan 17B yang masing-masing terdiri daripada 164 dan 136 unit membabitkan kediaman jenis Garden Homes atau rumah bertaman (Jenis A) dan unit Link Homes atau teres dua tingkat (Jenis B), mendapat sambutan luar biasa daripada pembeli.
Permintaan ke atas unit Fasa 17A dan 17B melonjak melebihi 90 peratus, sekali gus membuktikan keunggulan IJM Rimbayu sebagai salah satu lokasi paling diingini di kawasan
barat daya Lembah Klang. Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM357,000,000, projek ini dibangunkan secara harmoni dengan alam semula jadi.
Justeru, pelancaran Fasa 17C membabitkan penawaran eksklusif 145 Garden Homes (Jenis A), dijangka turut mendapat sambutan positif daripada pembeli. Dengan anggaran GDV sebanyak RM216,000,000, fasa baharu ini menawarkan unit Garden Homes dua tingkat yang elegan berkeluasan 30’ x 70’ di mana ia tampil lebih luas dengan saiz 2,745 kaki
persegi, manakala harganya pula bermula RM1,438,800 dan ke atas.
“Kewujudan Avela menjadi mercu tanda komitmen tidak berbelah bahagi IJM dalam setiap
pembangunannya untuk masa depan yang lestari,” kata Chai Kian Soon, Pengurus
Besar Kanan IJM Land.
Selaras dengan pendiriannya yang mementingkan alam sekitar, IJM menawarkan insentif
eksklusif kepada bakal pembeli – peluang memenangi Tesla Model Y yang bernilai RM199,000.
Peluang menarik ini melengkapkan komitmen aspirasi pembangunannya untuk kehidupan lestari, dan dapat bawa penghuninya meniti ke masa depan yang cerah dan mesra alam.
Kempen yang mementingkan alam sekitar ini menantikan mereka yang bersedia untuk
mengambil langkah selanjutnya dengan membuat tempahan seterusnya memuktamadkan
Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk kediaman premium Garden Homes di Fasa 17C.