QIAGEN hari ini mengumumkan sumbangan sebanyak 3,000 alatan ujian QuantiFERON®-TB Gold Plus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai alat pengesanan saringan jangkitan batuk kering pendam (latent) (LTBI).
Saringan ini memberi tumpuan kepada bantuan pemeriksaan pesakit yang mempunyai risiko daya ketahanan iaitu kelompok penting yang berisiko terhadap jangkitan batuk kering (TB), sebagai sebahagian daripada komitmen QIAGEN untuk memberikan impak positif kepada masyarakat yang kurang mendapat perhatian dalam usaha membasmi penyakit batuk kering,
QuantiFERON-TB Gold Plus merupakan ujian darah pengeluaran interferon-gamma (IGRA) terkemuka dengan berjuta ujian dijalankan setiap tahun. Garis panduan antarabangsa daripada WHO menyokong ujian darah seperti QuantiFERON-TB Gold Plus dalam semua keadaan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menamatkan epidemik TB di seluruh dunia.
Sumbangan ini bertujuan untuk memperoleh sokongan dalam sistem penjagaan kesihatan Malaysia dan membantu penggunaaan ujian IGRA secara lebih meluas di Malaysia bagi kelompok berisiko daya ketahanan termasuk golongan yang mempunyai penyakit kencing manis dan penyakit lain.

Penerbitan ulasan yang baharu dan sistematik menunjukkan bahawa nilai unik teknologi ujian QuantiFERON-TB Gold Plus terletak pada manfaat respon CD8 sel-T dalam tiub pengumpulan darah TB2 yang menyediakan penilaian imun jangkitan TB yang lebih meluas.
“QIAGEN sentiasa memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada inisiatif kesihatan awam dan, sebagai peneraju dalam ruang diagnostik TB ini, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam usaha untuk membasmi jangkitan TB,” kata Ketua Diagnostik Molekular, APEC QIAGEN, Dr. Alvin Lee Teck Chien, pada majlis sumbangan berkenaan.
“Menerusi ujian tersebut, kami berharap dapat membantu untuk menambah baik kadar pengesanan TB, mengurangkan bebanan rawatan TB dalam sistem penjagaan kesihatan, dan akhirnya menyelamatkan lebih banyak nyawa dengan hasil rawatan pesakit yang lebih baik sebagai matlamat akhir kami.”
Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Norhayati Rusli, mengalu-alukan sumbangan sebanyak 3,000 alatan ujian QuantiFERON-TB Gold Plus berkenaan dan menghargai peranan yang dimainkan oleh sektor swasta dalam menyediakan sebarang bentuk sokongan kepada kerajaan dalam mengurangkan pelbagai penyakit sedia ada dan baharu.
“Bagi pihak Kementerian Kesihatan, saya ingin melafazkan kesyukuran dan penghargaan kami kepada QIAGEN atas penajaan QuantiFERON-TB Gold Plus ini yang akan membolehkan pelaksanaan ujian dan pengesanan LTBI pada skala yang lebih meluas dalam kalangan penduduk yang berisiko tinggi,” kata Dr. Norhayati.
“Kami mengharapkan lebih banyak lagi kerjasama dengan organisasi terkemuka seperti QIAGEN untuk terus memberikan impak positif dalam memenuhi keperluan mendesak penjagaan kesihatan dan pesakit.”
TB dianggap sebagai kebimbangan masalah kesihatan awam yang lazim dan serius di Malaysia dengan anggaran 25,000 kes baharu dilaporkan setiap tahun. Ia juga adalah punca kematian kedua dalam penyakit berjangkit, ibu hamil, neonatal dan pemakanan. Malaysia telah berjaya meningkatkan kadar pengesanan kes TB dengan menambah program pengesanan, bagaimanapun, bilangan kes yang dikesan masih di bawah sasaran WHO iaitu sebanyak 97 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
“Usaha melawan dan mengawal penyakit ini memerlukan ujian sebagai langkah pertama pengesanan awal serta rawatan untuk golongan yang dijangkiti LTBI dalam usaha memutuskan kitaran penularan dan jangkitan TB.
“Di peringkat antarabangsa, QuantiFERON-TB Gold Plus telah membantu pesakit dan pembekal mengurangkan kunjungan doktor bagi pengambilan darah tunggal dengan masa pemulihan yang lebih pantas.
“Ia merupakan alternatif utama kepada ujian kulit TB bertarikh (TST) yang kurang berkesan dalam mengenal pasti jangkitan TB dalam kalangan penduduk yang menerima vaksinasi BCG, yang menjadi kelaziman bagi pesakit dari negara yang mempunyai kadar TB yang tinggi, dan pada pesakit yang mungkin tidak kembali untuk mendapatkan tafsiran TST,” katanya dalam kenyataan.