Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati mengumumkan promosi Gemilang Deals sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

Kempen tersebut menawarkan penjimatan bermula RM10,000 ke atas model-model Volkswagen yang dilengkapi sistem IQ.DRIVE.

Sah sehingga 31 Oktober, senarai promosi Gemilang Deals adalah seperti berikut:

Jelajah Volkswagen Kembali ke 1 Utama Shopping Centre

VPCM akan mengadakan Jelajah Volkswagen bermula 6 hingga 10 September 2023 di pusat membeli-belah 1Utama. Terletak di Oval New Wing, tarikan utama jelajah berkenaan ialah debut umum model Golf R yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Dijangka ditawarkan pada harga di antara RM330,000 hingga RM350,000 seunit, Golf R pemasangan tempatan itu hadir dengan “R Performance Package” sebagai ciri standard.

Pakej itu hadir dengan ekzos titanium Akrapovič, mode “Drift” dan “Special”, spoiler belakang baharu serta rim aloi Estoril bersaiz 19 inci.

Tarikan lain pada Jelajah Volkswagen ialah pameran dan sesi pandu uji rangkaian ekstensif model-model Volkswagen.