HONOR Malaysia melancarkan teknologi masa depan terbaru, iaitu warna baharu HONOR Magic5 Pro, Coral Purple pada harga RM3,999 dan HONOR Pad X9 dengan sambungan LTE pada harga hanya RM 1,099, kedua-duanya tersedia di seluruh negara.
Menurut Timbalan Pengarah Negara HONOR Malaysia Matthew Ng, pasaran HONOR di Malaysia telah melonjak naik dengan pelancaran Siri HONOR Magic5 baru-baru ini dan menerima pujian tinggi dalam segmen pasaran premium.
HONOR telah mencapai kedudukan ke-3 dalam kategori telefon pintar berharga bawah RM4,000 di Malaysia dalam masa hanya setahun. Pastinya ini satu peningkatan positif untuk pasaran saham HONOR di Malaysia.
Bayangkan warna yang romantik dan seakan khayalan dengan varian baharu HONOR Magic Pro, iaitu Coral Purple. Telefon pintar ini bukan hanya sekadar rupa, tetapi merungkai pelbagai kemungkinan tanpa batas hanya di tapak tangan anda.
Pada harga RM 3,999, miliki HONOR Magic5 Pro Coral Purple yang menawan dan terokai
kehebatan sebenar HONOR.
Alami inovasi dengan HONOR Pad X9
Selami dunia inovasi dengan HONOR Pad X9 – tablet LTE yang dimegahkan oleh sistem bunyi keliling 6-pembesar suara tercanggih. Pengalaman yang mengasyikkan ditingkatkan lagi dengan Papan Kekunci Pintar HONOR CHOICE yang mengubah tablet anda menjadi tempat bekerja dengan mudah.
Tanpa membuang masa mari kita lihat tawaran yang disediakan HONOR Malaysia di kedai seluruh negara: Promosi Hari Merdeka dan Hari Malaysia!
Promosi Hari Merdeka HONOR – Hadiah bernilai RM 10 juta menanti anda!
Sambutan dimeriahkan lagi dengan Promosi Hari Merdeka dan Hari Malaysia, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 10 juta ditawarkan buat pengunjung HONOR seluruh negara. Bermula 25 Ogos hingga 17 September 2023, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki peranti HONOR pada harga yang menarik!
Siri HONOR Magic5 bermula pada harga RM 2,999
Teroka pengalaman telefon pintar tanpa batas dengan Siri HONOR Magic5, kini tersedia pada harga permulaan RM 2,999. Rona Coral Purple Magic5 Pro yang seakan khayalan dan romantik boleh menjadi milik anda pada harga hanya RM 3,999.
Warna ikonik Meadow Green dan Classic Black juga tidak terkecuali, sesuai digayakan
mengikut cita rasa anda. Tidak dilupakan HONOR Magic5 yang mengagumkan, kini pada harga menarik RM 2,999.
Trade in untuk mendapatkan Siri HONOR Magic5 baharu
Tingkatkan teknologi mudah alih masa depan dengan mudah! Trade in HONOR Magic4 Pro anda dan dapatkan diskaun eksklusif RM 500 dengan pembelian HONOR Magic5 Pro. Bukan itu sahaja, anda boleh tukar dengan mana-mana telefon pintar dan menerima diskaun RM 300! Tawaran pertukaran ini pastinya membuatkan anda lebih teruja!
Hadiah bernilai RM10 juta dan ganjaran percuma harus dimenangi!
Pelanggan teknologi, anda sangat bertuah! Sertai cabutan bertuah dengan memuat naik gambar peranti HONOR baharu anda di media sosial dan letakkan tanda pagar #HONORMerdeka2023 serta berpeluang memenangi hadiah menarik. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran ini. Ayuh sertai kami raikan semangat Malaysia dengan penuh inovasi dan progresif.