Generali Malaysia, salah satu syarikat insurans am terbesar dan syarikat insurans hayat yang kian menyerlah di Malaysia, telah mengumumkan kumpulan pertama penerima biasiswa untuk “Program Biasiswa Volare Generali Malaysia”

Tujuh orang pelajar yang layak telah dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di universiti tempatan dan swasta yang terkemuka di Malaysia.

Setiap calon telah melalui proses pemilihan dan penilaian ketat yang tertumpu pada ciri-ciri dan nilai istimewa mereka. Mereka juga aktif dalam aktiviti korikulum selain mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.

Dalam mengiktiraf kepelbagaian disiplin dalam industri insurans, calon-calon kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Aktuari, IT, Perakaunan dan Undang-undang.

Semasa majlis penganugerahan yang diadakan di Kuala Lumpur, Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua Negara Entiti Generali di Malaysia menyatakan bahawa pendidikan merupakan suatu alat yang berkuasa
mengubah kehidupan dan komuniti.

“Program biasasiwa kami berfungsi lebih jauh daripada sekadar memberikan bantuan kewangan.

“Kami juga ingin melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang boleh memanfaatkan masa hadapan mereka dan memberikan impak positif kepada masyarakat.

“Atas sebab inilah kami menawarkan program holistik dengan peluang pembangunan, termasuk jaminan penempatan latihan praktikal dengan Generali Malaysia, di samping projek-projek bimbingan, jaringan serta khidmat masyarakat untuk membantu mereka memperoleh pengalaman dunia sebenar dan membina jaringan profesional mereka,” katanya.

Dilancarkan pada Jun 2023, Program Biasiswa Volare Generali Malaysia membuktikan komitmen Generali sebagai majikan yang bertanggungjawab dalam menyokong pembangunan modal insan negara melalui pendidikan, memupuk bakat muda, dan mencipta warisan yang mampan untuk industri insurans.