UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur yang terkemuka di rantau ini, terus mengukuhkan komitmennya terhadap masa depan yang mampan melalui inisiatif Tanggungjawab Korporat (CSR) di Zoo Negara (Zoo).
Di bawah program mereka iaitu “Saving Animals, Serving Community”, UEM Edgenta telah mengambil langkah yang penting terhadap pemeliharaan kesejahteraan haiwan dengan menaja sepasang Kura-kura gergasi Aldabra (“Aldabra Giant Tortoises“) yang berusia lebih
dari 100 tahun, yang diberi nama Do dan Re, serta memperbaharui pemeliharaan seekor zirafah berusia 5 tahun, Mas Kira.
Sokongan ini mencerminkan dedikasi Syarikat terhadap usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar. Kura-kura gergasi Aldabra, yang berasal dari Seychelles, mempunyai jangka hayat 80 hingga 200 tahun, menjadikan mereka haiwan yang luar biasa dan Zirafah pula berasal dari negara Afrika.
Penajaan dari UEM Edgenta ini akan melindungi kesejahteraan Kura-kura gergasi Aldabra dan zirafah ini untuk 12 bulan seterusnya, termasuk pemeliharaan mereka, bekalan makanan, dan penjagaan veterinar. Inisiatif ini adalah selari dengan usaha Persekitaran, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) Syarikat.
Selain itu, sokongan terhadap kebajikan haiwan adalah semakin diiktiraf sebagai sumbangan utama kepada matlamat United Nations Sustainable Development Goals (“SDG”).
“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Zoo Negara dalam inisiatif ini. Melalui usaha kolektif ini, kami berusaha untuk menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, pendidikan, dan pembangunan komuniti.
UEM Edgenta kekal komited untuk memberi impak yang positif dan memberi inspirasi
kepada generasi yang akan datang ” kata Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, semasa membincangkan program “Saving Animals, Serving Community”.