Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Usahawan Melayu IKS Bukit Mertajam, Mohd Rafi Mohd Nor berhubung dengan Kajian kes Berkaitan dengan kesan selepas pandemik Covid 19 kepada perniagaan makanan seperti restoran, jualan runcit dan perniagaan kereta terpakai

Menurut Mohd Rafi, kesan dari pandemik Covid-19 banyak sektor perniagaan terjejas dan ada yang menutupkan perniagaannya.

Mustapha berkata, pada masa ini usahawan muda dan usahawan yang sudah lama berniaga perlu mengkaji semula perniagaannya kerana zaman sudah berubah dan keperluan masyarakat juga berubah.

“Jadi tidak salah kita menukar perniagaan sekiranya ianya mendatang keuntungan begitu juga menambah baik perniagaan dengan sistem dalam talian, perbanyakkan publisiti dengan cara berhemah dan menjual pada harga yang berpatutan.

“Rakyat juga terbeban dengan kos sara hidup dan kenaikan barang-barang keperluan untuk itu setiap masyarakat kena berhemah juga untuk berbelanja,” katanya.

Mustapha berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan 40 orang usahawan IKS Melayu Pulau Pinang di Bukit Mertajam semalam.

Mohd Rafi berkata, kawalan harga barang asas dan utama perlu dikawal ketat kerana ia menyebabkan harga turun dan naik memberi kesan kepada perniagaan kedai makan dan kedai runcit.

“Kami jadi serba salah untuk menaikkan harga kerana kita berhadapan dengan pelanggan tetap dan pelanggan luar mereka mencari kedai harga murah, berpatutan untuk makan dan berbelanja,” katanya.

Mustapha seterusnya berharap kerajaan dapat menangani isu ini dengan baik dan berhemah kerana untuk menyelesaikan isu yang berkait dengan permasalahan rakyat terutama barang keperluan asas dan barang keperluan lain.

Sementara itu, Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT Dato Dr Mustapha Ahmad Marican turut mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan melibatkan isu-isu semasa, serantau dan antarabangsa.

Mustapha turut menyentuh keterlibatan NGO Antarabangsa di Negara Asean selain dari itu keterlibatan peranan NGo Antarabangsa dalam kemanusiaan dan kebajikan hampir 24 tahun melibatkan negara Asean seperti di Kemboja, Vietnam, Loas, Thailand, Filipina dan Indonesia.

Mustapha yang juga turut terlibat dengan misi kemanusiaan di Asia berkata, beliau sedia bekerjasama erat dengan Wisma Putra sekiranya perkhidmatan beliau diperlukan tambahan beliau pernah berkhidmat dalam banyak Kementerian, jabatan di Negeri, GLC termasuk bertugas Wisma Putra.

Beliau juga banyak terlibat dalam misi Kemanusiaan dan konflik Antarabangsa.