Volvo Cars mencapai kemajuan yang ketara dalam cita-cita strategiknya sepanjang tahun 2022, seiring dengan matlamatnya untuk menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang penghujung dekad ini, serta iklim neutral menjelang tahun 2040.

● Hasil TK22 meningkat 17 peratus kepada 330.1 bilion SEK (282 bilion SEK pada TK21)
● Pendapatan operasi TK22 (EBIT) ialah 22.3 bilion SEK (20.3 bilion SEK pada FY21)
● Margin EBIT TK22 ialah 6.8 peratus (7.2 peratus pada FY21)
● Margin EBIT TK22 tidak termasuk bahagian pendapatan daripada usaha sama (JV) dan syarikat bersekutu ialah 5.4 peratus (7.5 peratus pada TK21)
● Pendapatan asas sesaham TK22 ialah 5.23 SEK (4.72 SEK pada TK21)
● Jualan kereta elektrik sepenuhnya pada TK22 menyumbang 11 peratus kepada jumlah jualan (4 peratus pada TK21)
● Hasil S4 ialah 105.2 bn SEK (80.1 bn SEK pada S4 2021)
● Pendapatan operasi S4 ialah 3.4 bilion SEK (3.7 bilion SEK pada S4 2021)
● Margin EBIT S4 ialah 3.3 peratus (4.6 peratus pada S4 2021)

● EBIT margin S4 tidak termasuk pendapatan daripada usaha sama (JV) dan syarikat bersekutu, ialah 3.7 peratus (7.1 peratus pada S4 2021)
● Pendapatan asas sesaham S4 ialah 0.82 SEK (0.66 SEK pada S4 2021)
● Bahagian jualan kereta elektrik sepenuhnya S4 pada 18 peratus (6 peratus pada S4 2021)

Volvo Cars pada hari ini melaporkan keuntungan operasi yang termasuk usaha
sama dan syarikat bersekutu yang sebanyak 22.3 bilion SEK dan margin
keuntungan sebanyak 6.8 peratus sepanjang tahun 2022, walaupun berhadapan
masalah bekalan yang berpanjangan, penutupan di China, dan kenaikan harga
bahan serta kos logistik pada tahun tersebut. Laporan interim untuk tahun tersebut
serta suku keempat boleh didapatkan di sini.

“Kami telah mengharungi pelbagai cabaran besar dan mengalami kemajuan yang
ketara dalam usaha mencapai cita-cita strategik kami pada tahun 2022. Pencapaian
ini seiring dengan perjalanan kami untuk menjadi sebuah syarikat kereta elektrik
yang sepenuhnya menjelang penghujung dekad ini serta misi kami untuk menjadi
neutral iklim menjelang tahun 2040,” kata Jim Rowan, presiden dan ketua pegawai
eksekutif.

Kini dalam pertengahan dekad, Volvo Cars bermatlamat untuk mencapai sebanyak
50 peratus syer global melalui kereta-kereta elektrik Volvo, dengan jejak karbon 40
peratus lebih rendah untuk setiap kereta, serta keuntungan sebanyak 8-10 peratus.
“Kami kekal teguh dalam perjalanan strategik kami,” tambah Jim Rowan.

Prestasi jualan

Pada tahun 2022, prestasi kereta elektrik sepenuhnya daripada Volvo Cars terserlah
sebagai sorotan utama. Penjualan kereta elektrik Volvo meningkat lebih dua kali
ganda berbanding tahun sebelumnya, serta menyaksikan 11 peratus daripada jualan
sepanjang tahun disumbangkan oleh kereta elektrik sepenuhnya, berbanding
dengan 4 peratus pada tahun 2021.