Kempen Tempat Duduk Percuma* pertama AirAsia bagi tahun ini yang baru dilancarkan pada Jumaat lalu, bertujuan untuk memacu industri pelancongan di rantau Asean, telah terbukti sebagai salah satu pencapaian terbesarnya setakat ini, di mana 1.2 juta tempat duduk terjual bagi penerbangan jarak pendek dan panjang dalam masa kurang daripada seminggu.

Masih terdapat hampir 4 juta tempat duduk lagi tersedia untuk tempahan secara eksklusif di airasia Super App dan laman web sehingga Ahad ini untuk perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 10 Disember 2023.

Para tetamu boleh menekan pada ikon ‘Flights’ pada airasia Super App atau website untuk membuat tempahan.

Kempen Tempat Duduk PERCUMA* yang telah dilancarkan oleh Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, adalah sebahagian daripada komitmen AirAsia dalam menyokong misi Kementerian dalam mengukuhkan Malaysia sebuah negara pelbagai tarikan dan destinasi, serta memacu industri pelancongan di rantau ini.

Kempen Tempat Duduk PERCUMA* ini telah mencatatkan satu lagi rekod jualan untuk AirAsia, di samping menjadi antara kempen yang paling dinantikan oleh para pelancong di dalam dan sekitar Asean.

Syarikat penerbangan itu dijangka akan menerbangkan 69 juta tetamu setiap tahun di mana ia akan memberikan rangsangan yang sangat dialu-alukan kepada sektor pelancongan di Malaysia dan Asean

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Melihat kejayaan AirAsia yang berterusan mencatatkan rekod jualan dan berjaya mengatasi jangkauan semua pada setiap tahun telah memotivasikan saya untuk berusaha dengan lebih keras untuk melangkah keluar dari fasa pandemik dengan lebih teguh, dan hari ini kami telah mencapai satu lagi kejayaan yang penting untuk kami raikan bersama.

Amat mengagumkan bagi kami untuk melihat permintaan yang begitu kukuh di seluruh destinasi di rantau Asean dan kempen jualan ini telah membuktikan bahawa AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan orang ramai.

Seperti yang mereka katakan, saiz adalah penting! Apabila kami katakan lebih besar dan lebih baik, ia lebih daripada sekadar angka kerana ia termasuk tambang kami yang amat rendah, prestasi tepat masa (OTP) yang lebih baik dan komitmen penuh kami sebagai sebuah kumpulan dalam menyediakan pengalaman perjalanan yang dipertingkatkan kepada jutaan tetamu kami yang sentiasa memilih untuk terbang bersama kami.

Kami ingin menjadi lebih daripada sebuah ‘syarikat penerbangan tambang rendah’, tetapi kami ingin menjadi sebuah syarikat yang memberikan pengalaman pelanggan terbaik dan sentiasa berinovasi untuk mendengar serta memenuhi keperluan para tetamu. Anda sentiasa boleh bergantung kepada kami untuk menjadi lebih besar dan lebih baik.”

Para pengembara telah mula mendapatkan tempat duduk PERCUMA* untuk ke destinasi jarak pendek popular dan kegemaran mereka seperti Langkawi dan Pulau Pinang di Malaysia, Phuket dan Krabi di Thailand serta Bali, Indonesia.