Di Bandar Seri Iskandar, sebuah pusat ekonomi digital diwujudkan yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Tujuannya ialah capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar, meningkatkan kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

Setidak-tidaknya warga Parit terus diperkasakan sebagai usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Ayuh warga Parit terutama di Bota dan Belanja terus memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

Lagi perkhabaran berita gembira, dua pencawang telekomunikasi diluluskan masing-masing di Kampung Orang Asli Suak Padi dan Kampung Kuchai, Lambor Kiri yang dilaksanakan tidak lama lagi, proses sedang berjalan.

Tidak keciciran Kampung Lengkuas yang mana kedudukan geografi di pedalaman, akhirnya mempunyai sebuah pencawang telekomunikasi yang sudah diluluskan dan siap digunakan di bawah projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Terus menerima limpahan kemakmuran sosial, sebuah pencawang komunikasi juga hampir siap dibina di Kampung Parit 13, Titi Gantung.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi N.40 Bota, Khairul Shahril Mohamed tidak menafikan keperluan jalur lebar semakin meningkat dari semasa ke semasa serta keperluan komunikasi penting dalam kehidupan seharian.

“Jadi saya berterima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyediakan pusat ekonomi digital di DUN Bota dengan tambahan daripada lima yang sedia ada iaitu di Seri Iskandar.

“Saya kira ia satu peluang cukup baik kepada masyarakat setempat untuk memanfaatkan kemudahan ini sama ada untuk keusahawanan, pembelajaran dan sebagainya,’ katanya.

“Saya juga ada berita gembira iaitu dua pencawang komunikasi diluluskan masing-masing di Kampung Orang Asli Suak Padi dan Kampung Kuchai, Lambor Kiri yang dilaksanakan tidak lama lagi, proses sedang berjalan.

“Satu lagi kita sedar masalah komunikasi di Kampung Lengkuas berkaitan liputan ini kerana kedudukan geografi di pedalaman, jadi ada kekangan. Sebuah pencawang komunikasi sudah diluluskan dan siap digunakan. Sebelum ini penduduk kena cari kawasan sesuai untuk guna telefon pintar, sekarang boleh buat panggilan video dalam bilik.

“Pencawang komunikasi juga hampir siap dibina di Kampung Parit 13, Titi Gantung.

“Kita sedar keperluan komunikasi sentiasa meningkat, jadi cukup melegakan apabila pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) memberi komitmen cukup tinggi untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar,” katanya.