Hong Leong Yamaha Motor (HPYM) memperkenalkan XMAX dengan dua warna bergaya terbaharu iaitu Merah dan Hijau Matte.

Yamaha XMAX dengan pilihan warna baharu boleh didapati di semua pengedar Yamaha yang sah di seluruh negara bermula dari 23 Ogos 2022 dengan harga runcit disyorkan RM22,298.00, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Pemilik baharu Yamaha XMAX boleh menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 bersama pembelian mereka.

Yamaha XMAX dikuasai oleh enjin 250cc, silinder tunggal, Single Overhead Camshaft (SOHC) yang menghasilkan 16.8 kW pada 7,000 rpm dan 24.3 Nm tork pada 5,500 rpm.