Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Professor Adjung UMT meraikan anak-anak yatim dari Sekolah Tahfiz Darul Iman di sempadan Kemboja Vietnam.

Seramai 30 anak-anak yatim termasuk guru ustaz turut diraikan sempena Aidiladha dengan jamuan makan selain menyempurnakan ibadah korban yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Malaysia.

Beliau berkata, program korban pada tahun ini tidaklah sebesar seperti sebelum pandemik Covid-19 namun pihak NGO Antarabansga sudah mengenalpasti beberapa kampung untuk melaksanakan ibadah korban.

“Setiap seekor lembu yang kita beli bernilai USD600 dolar manakala kambing harga USD300 dolar seekor. Ramai rakyat Malaysia yang menyertai ibadah korban di Kemboja dan ini adalah satu usaha murni kerana kebanyakan masyarakat Islam di negara ini tidak mampu membeli daging disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Dr Mustafa turut beramah mesra dengan 30 penuntut Tahfiz Darul Iman di Kg Sempadan Kemboja Vietnam dan bergotong-royong untuk menyempurnakan ibadah korban seekor lembu bagi sekolah berkenaan seramai hampir 100 orang yang hadir dalam majlis itu termasuk anak-anak yatim dan guru-guru.

Selain itu, di Kemboja masih terdapat sebahagian masyarakat Islam tinggal dalam rumah perahu dan rata-rata mereka terdiri daripada nelayan yang tinggal di sepanjang persisiran Sungai Mekong.

“Mereka adalah golongan miskin kerana tidak ada tempat tinggal yang khusus melainkan perahu dan pondok kecil yang dibina di tebing sungai.. Iniiah realiti kehidupan mereka yang jauh lebih miskin daripada sebahagian yang ada di daratan,” katanya.