Memberikan pengalaman mudah alih yang lebih hebat dengan teknologi lebih canggih, Galaxy A22 5G tampil dengan tiga kamera 48MP, skrin 6.6” FHD+, dan kepantasan 5G lebih lancar.
Samsung Malaysia Electronics hari ini mengumumkan keluaran terbaharu, Samsung Galaxy A22 5G, telefon pintar ideal kelas permulaan untuk prestasi hebat dan hiburan yang menakjubkan.
Menampilkan paparan skrin 6.6-inci Infinity V FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, tiga kamera pintar di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, dan kapasiti bateri sebesar 5,000mAh, Galaxy A22 5G direka untuk mereka yang mengagumi kesederhanaan,
keseimbangan, dan fungsi yang dipertingkatkan dalam telefon pintar yang dapat membantu mereka melakukan sesuatu yang hebat setiap hari.
“Samsung Galaxy A22 5G ialah telefon pintar kelas permulaan yang baharu daripada siri Galaxy A kami.
“Kami mencipta Galaxy A22 5G untuk individu yang inginkan telefon pintar berbaloi yang boleh membuatkan pengalaman mudah alih konvensional menjadi pengalaman luar biasa dengan harga mampu milik tanpa membebankan poket anda.

“Pada masa ini, telefon pintar terbukti menjadi alat penting bagi semua orang, dan Samsung dengan bangganya menawarkan peranti serba guna yang menampilkan ciri-ciri luar biasa walaupun dalam kelas yang paling rendah sesuai untuk semua peringkat
umur. Galaxy A22 5G boleh menjadi peranti utama untuk keperluan produktiviti, sosial, kreatif, dan hiburan anda,” kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.
Gambar ‘Versatile’ dengan Tetapan Kamera Quad Pintar
Ramai menggunakan kamera telefon pintar untuk pelbagai tujuan – untuk kenangan, kerja, media sosial. Ia sangat penting untuk memiliki kamera ‘versatile’ kami yang dapat membantu anda merakam gambar menakjubkan pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan.
Galaxy A22 5G dilengkapi tiga kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, kamera Ultra-Lebar 5MP dan kamera sensor Kedalaman 2MP, termasuk kamera swafoto 8MP.
Untuk pemula, kamera utama 48MP sesuai untuk anda menangkap gambar yang lebih jelas dan cerah, pada waktu siang dan malam menggunakan fungsi Mod Malam dan Scene Optimizer.
Bagi pencinta fotografi, tidak lagi perlu bimbang tentang rakaman gambar dan video kabur pada waktu siang dan dapat merakam imej yang lebih cerah pada waktu malam. Terima kasih kepada teknologi Tetra Binning yang menggabungkan empat piksel menjadi satu.

Selain itu, lensa sudut lebar 115 darjah yang ada pada kamera Ultra-Lebar 5MP dan kamera Kedalaman 2MP Galaxy A22 5G boleh mengenali persekitaran anda secara automatik dan akan mencadangkan anda untuk menggunakannya apabila perlu.
Pencinta fotografi pasti akan menyukai kesan Bokeh semula jadi dalam mod Potret yang ditambah baik, membuatkan foto mereka lebih menakjubkan dengan menjadikan latar belakang imej kabur dan memberi tumpuan kepada subjek utama mengikut cita rasa mereka.
Bagi mereka yang gemar mengemas kini akaun media sosial mereka setiap masa, Galaxy A22 5G menyokong Selfie Focus dan dilengkapi dengan kesan untuk menambahbaik wajah (Face Retouching Effect).
Bagi peminat swafoto, kini boleh menunjukkan penampilan terbaik dengan menggunakan Face Retouching Effect yang menawarkan empat mod wajah termasuk kelicinan, tona warna, rahang, dan mata.
Paparan Lebih Besar, Lancar dan Pengalaman Pengguna yang Menyeronokkan
Masa kita lebih banyak dihabiskan di dalam rumah, dan kita juga lebih banyak meluangkan masa dengan menatap skrin dalam tempoh yang lebih lama. Paparan skrin yang lebih besar, lancar dengan resolusi tinggi memberi keselesaan untuk mata anda dan tontonan yang lebih memuaskan.
Memberikan pengalaman tontonan berkualiti tinggi dan memuaskan, Galaxy A22 5G didatangkan dengan paparan skrin 6.6-inci Infinity V dengan resolusi FHD+. Mempunyai kadar segar semula 90Hz, menatal ke bawah pada suapan dan skrin menjadi lebih lancar dengan tahap gerakan kabur yang lebih pendek dan dapat meminimumkan pergerakan kesan imej.

Masa tindak balas skrin yang lebih pendek memberikan pengalaman tontonan menjadi sangat lancar.
Selain spesifikasi yang dinyatakan di atas, Galaxy A22 5G menyokong One UI Core 3.1 membawa pengalaman mudah alih menyeronokkan yang membuatkan anda dalam kawalan dan direka oleh anda.
Dengan pengimbas cap cari pada bahagian sisi, anda boleh membuka kunci dan mengakses telefon anda dengan mudah dengan hanya satu butang. Buat mereka yang kerap melakukan pelbagai tugasan, anda boleh bertukar antaramuka dengan lancar dengan Quick Panel yang boleh diubah suai.
Buat peminat hiburan yang gemar menonton filem dan drama bersiri dalam keadaan gelap, Mod Gelap dapat membantu mengurangkan ketegangan mata anda dan penggunaan bateri. Tidak lupa pembesar suara Dolby ATMOS dengan audio yang lebih jelas untuk pengalaman audio yang mengasyikkan, tidak kira sama ada untuk menonton siri kegemaran atau mendengar muzik kegemaran anda.
Prestasi Tahan Lama, Menjadikannya Lebih Unggul
Untuk memastikan anda menyempurnakan makna hidup anda setiap hari, Galaxy A22 5G dilengkapi bateri tahan lama dengan kapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W, bersama ciri-ciri tambahan yang akan menambah baik pengalaman mudah alih anda.
Dengan tahap prestasi yang tiada tandingan, anda boleh menikmati semua kandungan kegemaran anda pada kelajuan 5G yang sangat pantas dalam masa nyata, sama ada untuk penstriman video, gaming, dan kekal berhubung melalui Galaxy A22 5G.
Pemain game mudah alih boleh mengambil peluang ini untuk menaikkan kedudukan dalam permainan secara langsung dengan lebih cepat dengan kelajuan 5G yang sangat pantas dan kadar lengahan yang rendah.
Di samping itu, penstrim juga boleh berkongsi kandungan secara langsung dalam kualiti tinggi dengan pengikut mereka.
Menjadikannya lebih unggul, Galaxy A22 5G dilengkapi dengan pemproses Octa-Core yang canggih, RAM 8GB, kapasiti storan dalaman 128GB yang boleh ditambah sehingga 1TB dengan kad MicroSD.
Bentuk dan fungsinya yang selari, Galaxy A22 5G direka untuk menjadi peranti yang sangat seimbang dan serba guna yang dapat memenuhi semua keperluan anda. Bentuknya yang simetri memberi anda cengkaman yang selesa.
Didatangkan dengan warna-warna pastel yang mencuri tumpuan dan menambahkan lagi keindahan dalam gaya harian anda – boleh didapati dalam warna Violet, Gray, dan Mint. Galaxy A22 5G boleh didapati dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM999.
Bermula 2 Julai hingga 31 Ogos 2021, jika anda membeli Galaxy A22 5G anda boleh mendapatkan sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma. Jadi dapatkan segera sementara stok masih ada!





































