Perodua ingin mengingatkan para pelanggan baharunya dan yang sedia ada mengenai penipuan yang melibatkan penasihat jualan palsu yang meminta pelanggannya untuk membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi.

“Baru-baru ini, kami telah mengenalpasti dan menemui sekurang-kurangnya dua individu
yang telah menyamar sebagai penasihat jualan Perodua dan meminta pelanggan untuk
membuat bayaran tempahan atau wang pendahuluan ke dalam akaun bank peribadi,” kata
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Beliau menambah bahawa Perodua sedang bekerjasama dengan pihak polis mengenai isu
tersebut.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pelanggan kami yang
dihargai untuk hanya membuat sebarang pembayaran ke dalam akaun syarikat rasmi atau
di kaunter cawangan-cawangan kami sahaja,” katanya.

Untuk melindungi para pelanggan baharu dan yang sedia ada, Perodua memberikan
panduan semasa pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah: