Astro Radio melancarkan Kami Care Helpline, yang disediakan sekarang kepada rakyat Malaysia yang terjejas, untuk permohonan bantuan menerusi talian WhatsApp dari kesemua jenama Astro Radio.

Pemohon berpeluang menerima barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung, biskut, teh, makanan dalam tin dan mi segera, semasa situasi yang mencabar ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, Kenny Ong berkata, “Kami berharap Kami Care Helpline membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat barangan keperluan harian mereka ketika waktu sukar ini.

“Kami berusaha untuk meningkatkan sokongan bantuan dan jangkauan kami kepada
mereka yang memerlukan menerusi kempen ‘Kami Care’ dan berkongsi lebih maklumat pada masa akan datang.”

“Semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi
WhatsApp pada bila-bila masa, setiap hari melalui talian Kami Care Helpline di bawah. Pendengar juga boleh menghantar permohonan bagi pihak orang lain yang memerlukan bantuan,” katanya.

Permohonan Kami Care Helpline perlu disertakan nama penerima, nombor telefon, alamat rumah, dan maklumat ringkas mengapa mereka memerlukan bantuan ini. Mereka yang layak akan dimaklumkan secara langsung dan penghantarkan barangan keperluan dijalankan setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan media sosial jenama-jenama Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, HITZ, MIX, LITE, MY, MELODY, GOXUAN, dan RAAGA