Volvo Car Malaysia mengumumkan keputusan prestasi dan jualan yang kukuh pada tahun 2020, meskipun berdepan dengan wabak COVID-19 dan memberi petunjuk kepada pertumbuhan baik pada tahun akan datang.

Syarikat menyaksikan penurunan jualan pada separuh pertama 2020, merekodkan penurunan 56.1% dalam jualan apabila berlaku wabak COVID-19 yang menyebabkan sektor automotif dan ekonomi tempatan terjejas.

Bagaimanapun, jualan kembali pulih pada separuh kedua 2020, sekali gus menutup tahun 2020 dengan kukuh membabitkan jualan keseluruhan 1,950 unit, iaitu 3.6% peningkatan berbanding 1,883 unit tahun sebelumnya.

Jualan kenderaan Volvo pada tahun lalu mencatatkan rekod baru bagi prestasi jualan tertinggi sejak Volvo Car Malaysia ditubuhkan.

Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: “Kami amat berbangga bahawa
Volvo Car Malaysia berjaya mencapai jualan tertinggi ini disebalik pergolakan masa dan
cabaran yang kita hadapi.

“Melalui usaha kolektif pengedar dan kakitangan kami, serta masa yang tepat untuk pelepasan cukai jualan oleh kerajaan, kami berjaya mengakhiri tahun mencabar ini dengan kukuh.

“Bagi kami, melihat kepada hasil keputusan jualan pada tahun lalu, kami mahu membawa lebih banyak kereta premium, selamat dan lestari kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Dalam tempoh pelepasan atau pengecualian cukai jualan kerajaan ini, Volvo Car Malaysia
menyaksikan pemulihan jualan dan merekodkan jualan kedua-tertinggi tahunan pada bulan
Julai.

Pretasi jualan memberangsangkan ini memberi petunjuk bahawa permintaan kepada
kenderaan mewah kekal tinggi ketika pasaran kenderaan mulai normal dan negara juga menuju ke arah pemulihan.

Nalin berkata, faktor yang mendorong kepada jualan ini ialah pelepasan cukai jualan yang
diumumkan dalam pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, dan juga langkah Volvo Car
Malaysia memperkukuhkan saluran perkhidmatan pelanggannya dan menerapkan amalan
digital baharu.

Volvo Car Malaysia memperkenalkan Sistem Tempahan Dalam Talian (Online Ordering
System) baharu kepada pelanggan untuk membuat tempahan secara dalam talian dengan
selesa dari rumah dan melaksanakan Digital Silent Salesman (DSS) 2.0 – satu platform yang memaparkan semua maklumat diperlukan secara digital mengenai kenderaan – di seluruh bilik pameran Volvo di Malaysia.

Amalan baharu digital ini adalah sebahagian daripada usaha transformasi digital syarikat di
seluruh rantaian nilai perniagaan dan mencerminkan komitmennya terhadap matlamat
menghapuskan penggunaan brosur bercetak.

Kekal selamat dan lestari pada 2020

Dengan kelestarian sebagai garis matlamat pada tahun yang mendatang, Volvo Car Malaysia melancarkan Volvo Green Planet pada suku ketiga 2020, satu kempen yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesan karbon yang tinggi.

Kesan karbon ini dapat dikira melalui Greenterest Calculator, sekali gus ia membawa topik
perbualan kepada pelanggan. Kesan kepada perbualan ini, berjaya menarik minat mereka
untuk memandu uji kereta elektrik – sepenuhnya – menjadikan ‘Pemanduan Hijau’ – dan
sebagai tanda memperjuangkan udara yang lebih bersih.

Sebagai pemimpin kepada ciri keselamatan, tahun 2020 menyaksikan Volvo sebagai satu
syarikat automotif yang membuka topik perbincangan yang sangat diperlukan dan
perbincangan kontroversi ini ialah mengenai persepsi keselamatan menerusi kempen A Million More, yang bermula daripada pengumuman had kelajuan 180kph pada bulan Mac.

Sepertimana penerimaan awal ke arah tali pinggang keledar tiga penjuru, had kelajuan menjadi topik perbahasan pada tahun 2020 dalam sektor automotif, yang mana Volvo mengambil pendirian dalam keputusannya untuk memastikan keselamatan penumpang kenderaan di jalan raya, dan menyelamatkan sejuta lagi nyawa.

Memacu 2021 ke hadapan

Berdasarkan kepada prestasi tahun lalu, Volvo Car Malaysia berhasrat untuk memacu
momentum dari tahun 2020 dan memasuki tahun 2021 dengan tujuan baharu dan ‘mengecas’ semua bidang perniagaannya.

Syarikat ingin terus memberikan lebih banyak pengalaman premium dan kebebasan bergerak secara peribadi, lestari dan selamat kepada rakyat Malaysia.

“2021 akan menjadi tahun utama bagi Volvo Car Malaysia kerana kami ingin menukar kesemua aspek perniagaan kami kepada penyelesaian yang lebih mampan dan juga membawa lebih banyak penawaran produk untuk memenuhi keperluan berbeza rakyat Malaysia sambil membantu mereka membuat pilihan yang lebih lestari.

“Kami akan terus mendorong transformasi digital untuk membangunkan sistem digital yang
kukuh untuk menyokong perjalanan pelanggan dengan lancar – daripada awal proses
pembelian hingga kepada pemilikan Volvo.

“Ia diteruskan dengan perkhidmatan selepas jualan yang mereka perlukan, sambil menepati janji perkhidmatan profesional kami, memimpin teknologi keselamatan, dan pemikiran yang prihatin dalam semua yang kita lakukan,” kata Nalin.

Mengenai Volvo Car Malaysia

Volvo Cars memantapkan kehadirannya di Malaysia pada awal 1960-an melalui pengimport dan pengedar bebas – Federal Auto Cars, sebelum Volvo Car Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada 1999.

Ini membawa kepada pembukaan kilang pemasangan kenderaan tertua dan paling lama di Malaysia, di Shah Alam pada 1967 di bawah nama Swedish Motor Assemblies (SMA). Sejak itu, Volvo Car Malaysia telah mencatat keteguhan demi keteguhan dan membina rangkaian 14 pengedar di seluruh negara.

Pada 2016, Volvo Car Malaysia menjadi pasaran pertama bagi kereta pemasangan tempatan di luar Sweden. iaitu XC90 PHEV, yang membuka jalan untuk pemasangan
PHEV Volvo lain dan mengukuhkan semula komitmen jenama ini dalam menyediakan pengalaman pemanduan yang mampan dan selamat.

Volvo Car Malaysia berusaha mengisi semula setiap aspek perjalanan pelanggan di bawah
kepimpinan pengarah urusan barunya, Nalin Jain. Volvo Car Malaysia menjual model kereta segmen premium dalam dua versi: sedan (S60 dan S90) dan kenderaan SUV (XC40, XC60 dan XC90).