Aplikasi akan membolehkan pengamal perubatan am dan klinik pergigian menguruskan temujanji, CRM,inventori, pembilan POS dan lebih dalam satu platform

Mengusahakan perniagaan dalam bidang kecantikan atau perubatan bukan sesuatu yang mudah disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 namun, Aoikumo (disebut sebagai Ah-wee-ku-mo) nekad menjadikan ia sebagai misinya untuk menjadikan proses ini lebih mudah menerusi penggunaan aplikasi cloud-based yang berevolusi.

“Baru-baru ini kami telah melancarkan ciri Telehealth, membolehkan para doktor menetapkan janji temu maya dalam menu Penjadualan Aoikumo. Apa yang perlu dilakukan
oleh pesakit adalah mengklik pada pautan yang dihantar menerusi e-mel dan SMS, dan
video akan bermula,” kata Kevin Nair yang merupakan Pengasas dan Ketua Bahagian
Teknikal di Aoikumo.

Dari Kiri, Nota Kes dengan Anotasi dilengkapkan menggunakan e-pensil, modul CRM, modul Temujanji

Aplikasi ini dibangunkan oleh GoCloud Technologies, sistem cloud-based sepenuhnya yang
pertama ini membuat jualan sulungnya pada awal tahun 2018 dan sebahagian besar sistem
ini digunakan dalam industri kecantikan dan estetika.

Klien Aoikumo terdiri daripada jenama-jenama terkenal di rantau Asia Pasifik merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Sejak kemunculan pertama kami, Aoikumo telah memperoleh rakan kongsi merentasi sempadan kami sendiri dan kini kami berhasrat untuk memperluaskan kepakaran kami
melangkaui industri kecantikan dan estetika iaitu dalam bidang perubatan,” katanya.

Ketika ini, Kevin juga terlibat dalam bidang perubatan sebagai Pengarah di Mediconnexions
Consulting; sebuah syarikat komunikasi perubatan yang menyediakan perkhidmatan kepada industri farmaseutikal di seluruh Asia & Oceania menerusi perkhidmatan penulisan perubatan, perincian elektronik dan pemasaran perubatan.

Di sebalik sistem point-of-sale, Nair berkata, Aoikumo sebenarnya mengabungkan semua operasi dalam satu platform yang memenuhi keperluan unik industri kecantikan dan estetika.

Ketika kami mula-mula memperkenalkannya, kami mendapati sistem yang sudah
berada di pasaran tidak begitu fleksibel – satu sistem yang boleh memenuhi keperluan unik
industri termasuk membantu untuk melaporkan penjadualan janji temu, CRM, inventori, pengebilan dan komisen.

Tidak ada satu sistem pun yang mampu melaksanakan semua operasi ini. Justeru, kami mula mengorak langkah ini dan mulai saat itu kami terus maju kehadapan.

Aoikumo sebahagian besarnya masih terlibat dan aktif dalam industri kecantikan kerana
kejayaan pendekatan holistiknya dan sehingga hari ni, lebih 2,000 orang pengguna menggunakannya.

Tambahan pula, Aoikumo boleh diakses melalui laman web dan aplikasi di mana  ia membolehkan penggunanya mengambil gambar selepas rawatan, membuat nota kes,
menganotasi imej dan menyimpannya sebagai kolaj untuk memberikan perkhidmatan lebih
baik kepada pelanggan.

Tidak lama lagi ia bakal meluaskan perkhidmatannya kepada bidang baharu; iaitu industri
penjagaan kesihatan seperti klinik pergigian dan pengamal perubatan am (GP).

Perkembangan ini, menurutnya, seiring dengan visi syarikat untuk menjadikan Aoikumo
sebagai penyedia dalam industri yang merangkumi aspek operasi sesama perniagaan (B2B), serta perniagaan kepada pelanggan (B2C), di mana sistem ini membantu perniagaan memperoleh aliran pelanggan.

Gocloud Technologies adalah penerima geran CIP300 oleh Cradle Fund pada tahun 2017.
Pertumbuhan firma itu melebihi 100% dan baru-baru ini melayakkannya menerima CIP IGNITE (ii) – satu program pembiayaan yang menyediakan geran dan bantuan dengan nilai
tambah sebanyak kira-kira RM500,000.