Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Penasihat NGO-NGO Malaysia mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abd Aziz Jusoh yang menjalankan Tugas Ketua Pengarah JAKIM.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara yang disentuh berhubung isu perkhidmatan kakitangan JAKIM, jabatan dan agensi, isu daging import yang membabitkan kartel daging selain isu berkaitan pengimarahan surau dan masjid.

“Abd Aziz menyambut baik saranan tersebut dan semua perkara tersebut dalam perancangan bagi menambah baik pengurusan dan pentadbiran JAKIM.

“Penekanan aspek kebajikan diutamakan dan beliau berharap semua kakitangan menjalankan amanah dan rasa tanggungjawab kepada tugas masing masing dengan jujur dan berintegriti sebagai jabatan yang penting bagi kepentingan serta kesejahteraan ummah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mustapha turut memuji langkah yang diambil bagi menjaga kebajikan kakitangan JAKIM termasuk kader-kader di kementerian berkenaan.