Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) pada 8 Januari lalu,  mengadakan Program Kembali Ke Sekolah 2021 dan Makanan Asas Siri ke-4 (anak yatim & asnaf) di sekitar kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Menerusi program itu, Baitul Hasan telah menyantuni 160 orang anak yatim dan asnaf dengan bantuan berupa beg sekolah, alat tulis, topeng muka, coklat Kit Kat, nasi mandy dan makanan asas untuk setiap keluarga.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, meskipun negara ketika ini dilanda wabak COVID-19, pihaknya meneruskan usaha mengadakan program ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para dermawan yang bermurah hati membantu mereka…alangkah gembiranya hati setiap penerima dan hanya ucapan kesyukuran serta doa yang mampu mereka ungkapkan.

“Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Pihak kami juga banyak menerima permohonan untuk bantuan sekolah di negeri lain seluruh negara.” katanya.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).