Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tempoh 3 tahun bersama Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) untuk melaksanakan Program Latihan Peneraju Skil Untuk Siswazah (PLUS).

Jalinan kerjasama ini akan menawarkan peluang latihan dan dana kepada para siswazah yang baru menamatkan pengajian dan sedang mengganggur untuk mendapatkan pensijilan industri dan pekerjaan.

Muhamed Ali Hajah Mydin, President of Federation of Malaysian Skills Development Centres (FMSDC) (right) and Mohd Ariff Ithnin, Acting CEO of Yayasan Peneraju

Perjanjian itu ditandatangani oleh Mohd Ariff Ithnin, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Peneraju dan Muhamed Ali Hajah Mydin, Presiden FMSDC di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Pulau Pinang, Bandar Bayan Baru Pulau Pinang.

Mohd Ariff Ithnin berkata. kerjasama itu bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja Bumiputera yang lebih mahir dalam industri yang mendapat permintaan tinggi seperti pembuatan, telekomunikasi, elektrik dan elektronik, teknologi maklumat, pembinaan dan logistik.

FMSDC yang terdiri daripada 13 Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri memberi tumpuan
kepada pembangunan kumpulan bakat mahir negara dengan menyediakan latihan teknikal
dan pendidikan untuk memenuhi permintaan industri tempatan.

Muhamed Ali Hajah Mydin, Presiden FMSDC berkata asas utama kepada kewujudan Pusat
Pembangunan Kemahiran Negeri adalah industri di setiap kawasan tersebut yang
berperanan untuk memulakan dan mengembangkan dasar perniagaan, jenis kursus teknikal atau latihan yang diperlukan industri, pembangunan modul dan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET).

Kerjasama ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih 600 siswazah yang baru
menamatkan pengajian dan menganggur untuk mendapat pensijilan dari Handwerkskammer (HWK) Aachen, SIEMENS dan Institut Teknologi Dron Australia, City & Guilds dan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Kerjasama ini turut menyaksikan Yayasan Peneraju menyediakan dana bagi pelatih untuk mengikuti kursus pensijilan dan latihan di Pusat Pembangunan Kemahiran (SDC) berdasarkan keperluan industri.

From right: Mohd Ariff Ithnin, Acting CEO of Yayasan Peneraju and Muhamed Ali Hajah Mydin, President of Federation Of Malaysian Skills Development Centres (FMSDC)

Program yang ditawarkan merangkumi Expert Craftsman Mechatronics, Expert Craftsman
Machining, Expert Craftsman Automotive Hybrid, Siemens PLC, Drone Technology dan Big
Data Analytics.

Inisiatif ini sejajar usaha kerajaan untuk memupuk dan mengembangkan bakat baru bagi
memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi dan juga meningkatkan penyertaan
Bumiputera dalam sektor pekerjaan berpendapatan tinggi terutama dalam segmen Revolusi
Industri 4.0 selari dengan agenda WKB2030.

“Mengembangkan bakat muda Bumiputera yang dilengkapi dengan pengetahuan dan
keupayaan sangat penting untuk membawa pendekatan ke depan dan menjadi peneraju
untuk mengekalkan perniagaan dalam lanskap ekonomi global yang semakin kompetitif dan sentiasa berubah”.

“Yayasan Peneraju sentiasa memberi penekanan untuk menghasilkan generasi berwawasan masa depan supaya bakat-bakat ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi negara kita,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2012, Yayasan Peneraju telah memperkenalkan pelbagai program penajaan merangkumi program akademik, pensijilan TVET, profesional dan antarabangsa yang disesuaikan dengan pelbagai tahap kemasukan bermula dari lepasan SPM hingga pelajar universiti dan profesional yang sedang bekerja.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah merealisasikan aspirasi lebih dari 30,000 penerima
faedah dari seluruh Malaysia melalui 261 program pembiayaannya, dengan agihan
peruntukan sebanyak RM716 juta dalam tempoh lapan tahun.