5 tonggak yang menjadikan Desa ParkCity hartanah digemari
Sama seperti sejarah Kuala Lumpur, Desa ParkCity (DPC) yang seluas 473 ekar dibangunkan daripada bekas lombong tandus menjadi sebuah kawasan bandar baharu yang popular di ibu kota.
Julung-julung kali diperkenalkan pada tahun 2002, bandar ini pada mulanya melakar kejayaan menerusi konsep penempatan inovatif serta reka bentuk perumahannya.
Kini selepas hampir dua dekad, pemenang anugerah ParkCity Group tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti daripada mengukuhkan legasi DPC sebagai salah satu
bandar perumahan yang paling diidamkan rakyat Malaysia.
Dengan populasi seramai 16,500 orang,DPC telah menjual lebih 4,000 buah rumah yang meliputi kediaman bertanah dan bertingkat tinggi, dan juga 520 petak komersial di Plaza Arkadia, sebuah pembangunan hibrid bercampur.
Sebagai pusat komuniti yang meriah dan pesat berkembang, bandar ini terus menjadi tarikan utama kepada pembeli rumah moden dan komuniti di sekitarnya.
Reputasi ini disebabkan oleh kejayaan yang menerapkan 5 tonggak dalam pembangunan bandar mereka – keluarga, komuniti, kemudahan, kejiranan dan ketersambungan.
1. Suatu ketika tanah kuari tandus
Tidak ramai yang tahu bahawa Desa ParkCity yang indah ini asalnya adalah sebuah lombong kuari.
Ketika ParkCity Group mula membangunkan kawasan tersebut pada tahun 1999, perancangan, reka bentuk dan pembinaan perbandaran yang popular ini sangat mencabar keranakeadaan tanahnya yang gersang serta dipenuhi batu granit.
Namun, seperti yang dibuktikan oleh kejayaannya hari ini, ia telah menjadi salah sebuah perbandaran yang paling terhubung di Kuala Lumpur. Terbukti menerusi The Waterfront dan Plaza Arkadia, keterhubungan tidak menjadi masalah bagi sebuah perbandaran terancang DPC yang menyediakan akses mudah di antara rumah, kedai dan taman.
Yang paling penting, DPC juga memenuhi faktor ketersambungan kerana kedudukan strategiknya di antara Petaling Jaya dan Mont Kiara, dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur yang hanya sejauh 15 kilometer.
Pengunjung dari bandar-bandar lain boleh akses DPC dengan mudah melalui beberapa lebuhraya utama termasuk Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Lembah Klang (NKVE).
Dengan Transit Aliran Massa Laluan Kedua (MRT 2) yang terletak berhampiran dijangka beroperasi pada tahun 2021, akses keluar masuk penduduk akan semakin lancar.
2. Persekitaran kondusif buat keluarga
Salah satu konsep yang diketengahkan oleh DPC adalah taman Central Park yang meriah dan mesra haiwan peliharaan. Tanpa mengira hari, waktu matahari terbit atau terbenam, taman ini akan menyaksikan pelbagai aktiviti keluarga daripada semua peringkat umur.
Dalam usaha untuk mengkonsepkan semula ruang kediaman bersesuaian dengan gaya hidup yang dinamik, ParkCity Group mahu menjadikan Central Park sebagai tempat yang ideal bagi merehatkan diri daripada kelelahan hidup di kota.
Ia juga lokasi sesuai untuk ahli keluarga mengeratkan silaturahim melalui aktiviti seperti berkelah, berjalan santai, masa bermain kanak-kanak dan bersenam.
Keindahan tasik Central Lake di tengah-tengahnya pula menyatukan semua aspek dalam taman serta menawarkan kehijauan alam yang terbentang seluas 40 padang bola kepada penduduk dan komuniti DPC.
Kemudahan taman yang disediakan kepada pengunjung merangkumi laluan berjoging yang lebar, lorong pejalan kaki, taman permainan yang selamat untuk kanak-kanak dan bangku taman yang ikonik.
Keunikan Central Park juga datang daripada pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh di sekitarnya. Ia merangkumi lebih 125 spesies pokok, 15 spesies palma, 54 spesies pokok renek dan 10 spesies akuatik yang tersebar di seluruh taman.
3. Memupuk komuniti yang akrab
Demi memastikan penghuni mempunyai tempat untuk merehatkan diri selepas menempuh hari yang penuh tekanan, ParkCity Club menawarkan pelbagai pilihan kemudahan kelas pertama untuk membolehkan ahli-ahli memupuk hubungan sesama komuniti melalui aktiviti sukan dan santai.
Peminat sukan pula boleh mencabar diri melalui pelbagai kemudahan yang disediakan seperti gelanggang tenis rumput sintetik dan dewan serba guna yang menyediakan beberapa gelanggang badminton.
Ahli kelab yang meminati aspek persembahan dan sukan pula boleh menggunakan studio tarian pelbagai fungsi, senam aerobik dan kelas yoga. Selepas bersenam, ahli-ahli kelab dapat menyejukkan badan, bersantai dan berehat di dalam kolam renang bersaiz Olimpik.
4. Mentakrifkan semula kemudahan
Kemudahan merupakan salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pelaburan hartanah. Dalam memberikan keselesaan kepada penduduk melalui pelbagai kemudahan yang sedia ada, DPC mempunyai The Waterfront, sebuah pusat hiburan runcit ikonik, dan Plaza Arkadia, ‘destinasi gaya hidup’ dengan seni bina kolonial Inggeris yang menawarkan ruang pejabat, SOHO, kedai-kedai seperti restoran, bar kopi dan pasar raya.
Dengan adanya dua hab gaya hidup mesra keluarga ini, keperluan asas harian penduduk DPC sudah pun dipenuhi, secara langsung ia meningkatkan reputasinya sebagai sebuah perbandaran yang mampan dan serba lengkap.
Selain itu, kedua-dua hab ini juga berfungsi sebagai ruang untuk acara komuniti seperti
pasar tani di The Waterfront dan bazar hujung minggu di The Waterfront dan Plaza Arkadia.
Mengenai persekitaran perbandaran yang menyediakan akses mudah dan dekat untuk keperluan seharian, penduduk DPC boleh mendaftarkan anak-anak mereka di The International School @ ParkCity, sebuah sekolah antarabangsa yang menawarkan pendidikan rendah dan menengah untuk pelajar berusia antara 3 hingga 18 tahun.
Di samping itu, pembeli rumah juga boleh mempertimbangkan ParkCity Medical Centre yang merupakan sebahagian daripada Ramsay Sime Darby Healthcare, untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan canggih atau rawatan kecemasan yang berkualiti.
5. Reka bentuk perbandaran yang luar biasa
Dengan Desa ParkCity, ParkCity Group telahpun dikenali sebagai pemaju yang inovatif kerana kejayaan perbandarannya dalam memupuk gaya hidup yang disukai ramai. Untuk membangunkan kawasan kejiranan yang mengujakan, pemaju ingin memberikan penghuninya peluang menikmati setiap detik kehidupan, serta membangkitkan perasaan kebersamaan dan persahabatan dalam kalangan penduduk.
Untuk menggalakkan kejiranan yang dinamik, DPC telah menyediakan pelbagai pilihan hartanah untuk memenuhi keperluan yang berbeza.Ia terdiri daripada rumah taman, apartmen, kondominium dan lot banglo, hinggalah kondominium parkfront, rumah berkembar, kondominium taman dan rumah taman mewah.
Kawasan kejiranan ini dipertingkatkan dengan laluan pejalan kaki, landskap yang menyegarkan, taman air dan kawasan berkumpul yang menarik bagi menggalakkan interaksi dalam komuniti.
Seperti yang dapat disaksikan, setiap fasa pembangunan di DPC dirancang dengan baik hasil usaha para pereka dan arkitek dalam merealisasikan idea-idea unggul ke dalam kehidupan tanpa mengabaikan kepentingan asas kediaman; untuk menambah nilai kepada para penghuninya.
Memahami keperluan pembeli rumah
Sebagai salah sebuah perbandaran yang paling berjaya di Kuala Lumpur, DPC akan terus menyelami keperluan gaya hidup pembeli rumah kontemporari, terutamanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).
Dengan fokus baru, ParkCity akan melancarkan sebuah lagi projek pembangunan menarik iaitu Park Place pada suku ketiga tahun 2020. Ia akan menjadi pembinaan kondominium pertama seumpamanya di dalam ParkCity TownCenter.
Meliputi kawasan seluas lebih 4.55 ekar, projek Park Place akan mencecah ketinggian 53 tingkat dengan keseluruhan 537 unit.
Bertujuan untuk menyuntik konsep baharu yang merangkumi ruang kerja awam di setiap rumah tanpa mengganggu privasi penghuninya, Park Place menggabungkan ciri-ciri kediaman pasca-PKP yang memberi penghuninya pengalaman berada di rumah yang lebih selesa dan kondusif.
Ia dilengkapi kemudahan internet berkelajuan tinggi, sistem sekuriti berpagar dan berpengawal, pengudaraan yang baik, kawasan hijau yang luas serta pencahayaan semula jadi.
Dengan ciri-ciri ini, Park Place diolah untuk menjadi ruang kediaman bertingkat yang menawarkan gaya hidup seimbang dan holistik dengan merangkumkan ruang kerja, sosial serta peribadi di dalam sebuah rumah.
Arkitek di sebalik pembinaan hebat ini ialah pemenang anugerah Erik L’Heureux daripada Pencil Office, dengan kerjasama PIA Interior, studio reka bentuk terkemuka di Thailand dengan pengalaman selama lebih 20 tahun.
“Desa ParkCity terkenal dengan kawasan perbandaran dan komuniti yang terancang dan kita perlu mengekalkan nilai ini terutamanya pada masa yang mencabar ini.Dengan mengikuti falsafah 5 tonggak, kami akan terus menyediakan pembangunan yang mampu meningkatkan kehidupan para pembeli dan membantu mereka merangkul norma baharu kehidupan,” kata Datuk Joseph Lau, Ketua Pegawai Eksekutif ParkCity Group.
Untuk maklumat lanjut mengenai Desa ParkCity, layari www.desaparkcity.com.