Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak lebih dua juta cukai jalan tidak diperbaharui akibat penutupan kaunter JPJ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam usaha untuk mempermudahkan pembaharuan cukai jalan serta mengurangkan jumlah kenderaan yang tidak diinsuranskan di atas jalan raya, Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich General Insurance) bekerjasama dengan Finology Sdn Bhd (Finology) dan rakan sekutunya PayLink Global (M) Sdn Bhd.
Ini merupakan kerjasama yang pertama seumpamanya di Malaysia. Melalui kerjasama strategik ini, pengguna jalan raya di Malaysia akan menikmati kemudahan bagi memperbaharui cukai jalan atau membeli insurans kenderaan untuk kereta dan motosikal mereka.
Terdapat kira-kira 250 kiosk Payquik tersedia di seluruh negara di lokasi strategik seperti pejabat syarikat utiliti, pusat membeli-belah dan bangunan kerajaan supaya rakyat Malaysia dapat memanfaatkan masa mereka apabila keluar untuk membayar bil atau membeli-belah.
Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance, Junior Cho berkata, “Kami sentiasa mencari penyelesaian baharu yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang terus berkembang.
Gaya hidup moden mendorong permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian yang memudahkan pembelian dan mendapat perkhidmatan.
Dengan hampir keseluruhan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi semula, kami memahami pentingnya mempunyai cukai jalan dan insurans kenderaan yang sah supaya rakyat Malaysia dapat pergi kerja dengan tenang kerana tempoh pengecualian pembaharuan akan berakhir tidak lama lagi.
Kerjasama dengan Finology dan Payquik akan memberikan akses yang lebih luas untuk pengguna jalan raya untuk mendapatkan perkhidmatan dan perlindungan yang mereka perlukan dengan cara yang cepat dan mudah.”
Menurut statistik JPJ dari tahun 2018, terdapat kira-kira 29 juta kenderaan berdaftar di
Malaysia. Dari jumlah ini, hanya 19 juta kenderaan yang memperbaharui cukai jalan setiap tahun dan kira-kira 95% daripada mereka yang mempunyai cukai jalan yang sudah tamat tempoh adalah motosikal.
Pengarah Urusan Finology, Jared Lim berkata, “Mungkin ada yang bertanya mengapa kiosk perkhidmatan diperlukan jika pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran dalam talian.
Hakikatnya masih terdapat pengguna yang lebih gemar membayar menggunakan wang tunai atau tidak memiliki kad kredit. Ini bermakna pengguna-pengguna ini tidak mempunyai akses ke perkhidmatan kewangan dalam talian yang mencukupi.
Justeru, pembelian insurans kenderaan dan pembaharuan cukai jalan melalui kiosk adalah alternatif terbaik. Tambahan pula, kiosk ini tersedia 24 jam yang membolehkan pelanggan membuat pembelian atau pembaharuan mengikut keselesaan mereka.”
Kerjasama terbaharu ini adalah usaha bersama untuk mempromosikan financial inclusion
dan menawarkan liputan menyeluruh kepada rakyat Malaysia semasa di atas jalan raya.
Pada tahun 2019, Zurich dan Finology bekerjasama untuk menawarkan perkhidmatan
pembelian insurans dalam talian end-to-end kepada pelanggan melalui platform Finology
iaitu loanstreet.com.my.