Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Arab Saudi Di Malaysia TYT Dato Dr Mahmoud Hussain Saeed Qattan, Jumaat lalu.
Dr Mustapha berkata, pertemuan itu adalah membincangkan mengenai soal pelaburan yang boleh dilakukan oleh pelabur dari Arab Saudi ke negara selepas wabak COVID-19.
“Pelabur dari negara arab ini boleh memilih mana-mana negeri dalam Malaysia untuk tujuan pelaburan atau pelancongan kerana banyak tempat menarik yang boleh diterokai oleh pelabur dari negara berkenaan.
“Antara produk utama berbentuk komoditi misalnya minyak kelapa sawit dan barangan hasil dari minyak sawit serta produk-produk halal boleh dieksport ke Arab Saudi yang memiliki pasaran yang besar,” katanya yang turut mengadakan pertemuan dengan Penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.