Tokyo adalah kumpulan Tokyo baharu dan kuno. Tokyo hidup dengan 400 tahun budaya Era Edo, perkembangan sejarah berterusan telah mencetus budaya baharu.
Titik temu dan gabungan “Tokyo Kuno” dan “Tokyo Baharu” menjadikan negara lebih berbudaya. Tokyo Metropolitan Government dan Tokyo Convention & Visitors Bureau bersama-sama menganjurkan Tokyo Tourism Seminar 2019, mengundang pemain industri memberi penerangan kepada media mengenai trend pelancongan Tokyo.
Tahun 2018 (Heisei 30), ulang tahun ke-150 penamaan semula Edo kepada Tokyo dan penubuhan Kerajaan Tokyo. Bermula 2018, Tokyo Metropolitan Government begitu aktif mempromosi logo dan slogan “Tokyo Tokyo Old Meets New” untuk menggalakkan daya tarikan Tokyo peringkat antarabangsa, memaklumkan pelancong global dan orang luar mengenai Tokyo yang menakjubkan dan nilai baharu yang boleh didapati di Tokyo.
“Tokyo Tokyo Old Meets New” menekankan lagi penemuan baharu dan lama. Logonya menampilkan dua huruf berbeza Tokyo secara intuitif membahagikan imej bandar. Brushstroke hitam dan Gothic block typeface Tokyo di bahagian kiri melambangkan kota lama, manakala banda baru Tokyo pula dizahirkan dalam warna biru di bahagian kanan, ibarat langit bertebaran ke depan melambangkan masa depan yang lebih inovatif.
Tokyo dilihat tradisional dan sezaman, bergaya dan makmur tetapi dalam waktu sama tidak pernah hilang tradisi. Tokyo Metropolitan Government berharap pelancongan bakal menemui dan mengiktiraf tradisi, sejarah, budaya dan teknologi Tokyo yang diturunkan daripada era Edo ke dunia moden.
Tokyo juga tersenarai di dalam World’s Top 10 bandar yang meriah, tahap keselesaan, keselamatan dan teknologi moden. Didapati seramai 468,360 warga Malaysia adalah di antara pelancong Tokyo berjumlah 31,191,856 orang.
Sensō-ji, Hachikō Memorial Statue, Tokyo Skytree, The National Art Center, Shinjuku Gyoen National Garden, Omotesandō, Mikura-jima, adalah destinasi wajib dikunjungi di Tokyo. Menjelang Sukan Olimpik 2020, Tokyo secara rasmi melancarkan insentif tahunan, pelancongan rentas sempadan, mengundang semua orang dari serata dunia memberi tumpuan kepada sukan tahunan berprestij.
Pengunjung menaiki “Tokyo Restaurant Bus”, untuk menikmati destinasi tumpuan pelancongan seperti Tokyo Tower dan Kabuki-za Theatre sambil menikmati menu lazat di dalam bas mewah tidak berbumbung, menikmati panorama Tokyo dengan perspektif baru.
Terdapat juga aktiviti di Tokyo seperti Budo (seni mempertahankan diri Jepun), Chado (upacara minum teh Jepun), Ikebana (gubahan bunga Jepun). Nikmati juga masakan asli Jepun dan pemanis mulut, daripada percutian gaya hidup ke restoran bintang Michelin seperti Michelin 3-bintang Sukiyabashi Jiro, Restoran Sushi terbaik di dunia dan Michelin 1-bintang ramenya, Konjiki Hototogisu Ramen.
Selain daripada kesibukan kota, Tokyo juga mengekalkan monumen sejarah dan budaya. Pengunjung yang gemar elemen tersebut boleh mengunjungi keindahan bangunan dan jalan kota lama seperti di Asakusa, kota bersejarah Tokyo, kraftangan tradisional di Koncent; Ningyocho bersama budaya era Edo; Ameyoko Shopping street; Jimbocho, Juga toko penerbitan dan buku terpakai di pusat Tokyo; dan Koedo Kawagoe.
Tokyo juga melancarkan banyak projek tahun ini, contohnya CYBERSPACE SHIBUYA di Shibuya PARCO yang akan dibuka pada November ini. CYBERSPACE SHIBUYA akan menjadi kedai rasmi Nintendo yang pertama di Jepun, dan pusat Pokémon baru Shibuya, yang menjadi destinasi utama peminat anime, permainan video, manga dan pop culture Jepun.
“Tokyo Tourism Seminar 2019” bakal berlangsung di restoran Jepun baru dibuka Tsukiji No 8 dengan kerjasama BIC CAMERA, Ito-Yokado Co Ltd, Tokyo OnePiece Tower, Hotel Grand Palace termasuk pemain industri dan media.
Di samping itu, tetamu akan dipersembahkan dengan persembahan pemotongan tuna khas, masakan asli Jepun dan sesi Q & A.