Volkswagen lancar peraduan ‘Win the Icon’.

Sebagai sebahagian daripada sambutan selama setahun terhadap Bug yang paling diminati di dunia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menghadiahkan sebuah Beetle serba baharu menerusi peraduan Instagram “Win the Icon” yang bakal berlangsung mulai 1 Oktober hingga 30 November 2019.

Peraduan itu dianjur berdasarkan kepada tagline Volkswagen, ‘Better experienced than explained’. Untuk menyertainya, anda hanya perlu memandu uji sebuah model Volkswagen di mana-mana pengedar sah, rakamkan pengalaman itu ke dalam satu video berdurasi seminit dan letakkan keterangan video yang paling kreatif.

Peraduan “Win the Icon” terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah. Mereka yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah mudah di bawah:

Langkah 1: Pandu uji mana-mana model Volkswagen di pengedar sah
Langkah 2: Rakam satu klip video berdurasi seminit tentang pengalaman anda
dan muat naik ke Instagram
Langkah 3: Lengkapkan slogan “Kisah #BetterExperiencedThanExplained
saya ialah…”
Langkah 4: Ikuti dan tag @VolkswagenMalaysia di dalam hantaran tersebut

*Sila pastikan profil Instagram anda boleh diakses oleh orang ramai

Pemenang bertuah akan diumumkan pada Disember dan bakal memandu pulang sebuah Volkswagen Beetle 1.2TSI baharu.

Menjadi ikon reka bentuk dan mempunyai ramai pengikut, Beetle yang memenangi anugerah nyata berjaya mencuri hati dan minda orang ramai sepanjang 80 tahun ia diproduksi.

Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, lebih 21.3 juta unit Beetle telah terjual di seluruh dunia, sekali gus menjadikannya salah sebuah kereta terlaris dalam abad ke-20.

Selepas tiga generasi, Volkswagen menamatkan produksi Beetle pada Julai tahun ini.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini