AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut kini meraikan 600 juta jumlah tetamu yang diterbangkan dengan Jualan Hebat dengan menawarkan 6 juta promosi tempat duduk.

Nikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG daripada RM12* untuk penerbangan dari Kuala Kumpur ke Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching, dan daripada RM50* untuk penerbangan ke Surat Thani, Krabi, Visakhapatnam, Maldives (Male), Bangkok, Can Tho dan banyak lagi.

Terbang bersama AirAsia X serendah RM196* dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Seoul, Taipei, Gold Coast, Osaka dan destinasi jarak jauh lain yang menarik. Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Wuhan, Busan, Fukuoka, Melbourne daripada RM796*.

Selain itu, nikmati diskaun 16% apabila anda membuat pilihan tempat duduk menerusi Pick-A-Seat bagi tempahan awal, diskaun sehingga 40% untuk tempahan hotel terpilih dan diskaun sehingga 60% untuk tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel.

Ahli BIG juga boleh mengumpul 600 mata ganjaran tambahan apabila mereka menempah aktiviti dalam tempoh jualan besar-besaran ini dengan perbelanjaan minimum RM200.

Tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 23 September 2019 (0001h GMT +8) hingga 26 September 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 10 Februari dan 15 Disember 2020.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Airasia Karen Chan berkata, “Sebagai tanda penghargaan kepada 600 juta penumpang, kami berbesar hati untuk menawarkan jualan hebat di seluruh rangkaian kami.

Sebagai sebuah syarikat teknologi perjalanan, jualan hebat AirAsia akan menawarkan lebih daripada sekadar promosi penerbangan. Jadi, pastikan anda merebut peluang untuk mendapatkan diskaun eksklusif bagi hotel terpilih, aktiviti dan pakej penerbangan dan hotel apabila anda membuat tempahan di airasia.com.”

Ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses terlebih dahulu selama 24 jam mulai 22 September 2019 (0001h GMT +8).

Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati akses kepada tempat duduk pada harga terendah. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini