AirAsia sedang menaik taraf perkhidmatan AirAsia WiFi yang dikuasakan oleh ROKKI, untuk menawarkan penyambungan dalam penerbangan berkelajuan tinggi kepada para tetamu.

Enam pesawat dikendalikan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan dua pesawat kendalian AirAsia Thailand (kod penerbangan FD) telah dilengkapi dengan platform Ka-band berkelajuan tinggi Inmarsat, GX Aviation, yang juga akan diperluaskan kepada semua pesawat tahun hadapan.

Ka-band menawarkan pengalaman hiburan dan penyambungan (IFEC) yang dipertingkatkan melangkaui jalur lebar asas, menyokong video secara langsung, penstriman muzik dan banyak lagi.

Bagi meraikannya, AirAsia telah menawarkan tetamu yang melakukan penerbangan dalam pesawat dilengkapi GX-Aviation dengan percubaan 10MB percuma perkhidmatan terbaharu itu sepanjang bulan ini.

Presiden AirAsia Group (RedBeat Ventures) Aireen Omar berkata, “Sebagai perintis perkhidmatan wifi dalam penerbangan kos rendah di rantau ini, kami sentiasa mencari jalan untuk memberi definisi kepada pengalaman dalam penerbangan digital bagi para tetamu kami.

“Memperkenalkan Ka-band, yang dikuasakan oleh ROKKI adalah langkah logik seterusnya dalam proses ini, yang membolehkan tetamu kami sentiasa kekal terhubung sepanjang perjalanan mereka dan melakukan aktiviti penggunaan data termasuk penstriman langsung.

“Ini juga membolehkan analisis masa sebenar yang lebih baik, membolehkan kami menawarkan lebih banyak perkhidmatan yang direka khusus buat 100 juta tetamu AirAsia setiap tahun.”

Sementara itu, Presiden Penerbangan Inmarsat, Philip Balaam berkata, “Perkhidmatan GX Aviation dilancarkan AirAsia adalah pencapaian penting, tatkala mereka membawa tawaran digital baharu dan inovatif untuk penumpang.

“Kami yakin proses naik taraf daripada sambungan asas kepada jalur lebar standard emas industri ini akan diterima dengan baik oleh para penunpang. Pasukan kami terus bekerjasama untuk melengkapkan GX Aviation pada semua pesawat Airbus A320 dan A330 AirAsia, menjadikannya tersedia untuk jutaan penumpang baharu setiap bulan.”

GX Aviation adalah penyelesaian jalur lebar dalam penerbangan yang pertama di dunia dengan liputan global berkelajuan tinggi yang boleh dipercayai dan disediakan melalui pengendali tunggal.

AirAsia WiFi adalah platform IFEC yang menawarkan hiburan, muzik, permainan, berita dan beli-belah percuma kepada para tetamu. Sambung secara percuma melalui peranti mudah alih peribadi anda pada mana-mana pesawat yang dilengkapi AirAsia WiFi untuk mengalami masa depan WiFi dalam penerbangan.

Pelan Internet AirAsia WiFi

Screenshot 2019-09-20 at 3.19.04 PM.png

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini