Rakyat Malaysia kini dapat memenuhi keinginan selera mereka apabila KFC mengumumkan bahawa Zinger Double Down telah kembali.

Burger berkonsep ‘semua isi tanpa roti’ ini kembali di atas permintaan ramai setelah mendapat sambutan yang memberangsangkan setiap kali ianya diperkenalkan, sejak 2012.

Mempunyai kelompok penggemarnya yang tersendiri, KFC Zinger Double Down ini menjanjikan 100% kepuasan bersama keunikan ‘daging ayam, daging ayam dan daging ayam’. Ianya menampilkan keenakan filet KFC Zinger Hot & Spicy yang terkenal- mengapit kepingan ayam rangup, keju cheddar bersama curahan sos keju jalapeno dan mayonis.

“Konsep burger tanpa roti ini merupakan sebuah idea yang unik dan tersendiri dengan menonjolkan keenakan filet KFC Zinger kami. Permintaan peminat tidak pernah putus sejak kali terakhir ianya dibawa semula, jadi kami amat teruja untuk pelancaran kali ini.

Para peminat harus segera ke KFC untuk nikmati Double Down sekarang, kerana ianya hanya kembali buat masa terhad,” kata Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia.

KFC Zinger Double Down kini terdapat di semua restoran KFC seluruh negara, sementara stok masih ada. Pesan dari atas talian tanpa perlu beratur dengan khidmat penghantaran dan ‘Self-Collect’. Muat turun aplikasi mudah alih KFC atau log masuk di kfc.com.my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini