Isu mengenai syarikat akhbar Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang menghadapi masalah kewangan yang meruncing terus mendapat reaksi pelbagai pihak.
Salah satu pihak yang menyuarakan pandangan ialah Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Mustapa Ahmad Marican yang berpendapat penutupan akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan lain-lain penerbitan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad amat menyedihkan dan mendukacitakan bagi negara kita.
“Ini kerana Utusan ada sejarah kemerdekaan negara, ada perjuangan orang Melayu dan jangan lihat Utusan dari sudut politik tetapi lihatlah perjuangan yang dibawa olehnya sebagai wadah pembacaan ilmu terkini bagi semua rakyat secara profesional.
“Kita semua rakyat Malaysia yang sayangkan akhbar ni perlu memikir cara untuk mengatasi masalah ini secara bijaksana. Justeru kerajaan sekarang perlu memikirkan cara untuk menyelamatkannya dan kita bukan sahaja menyelamatkan Utusan tetapi juga nasib kakitangan Utusan terdiri daripada para wartawan, jurufoto dan staf pentadbiran serta keluarga merekam” katanya.
Selaku NGO Antarabangsa saya syorkan beberapa pandangan untuk dikongsi bersama supaya ada cadangan dan kaedah yang terbaik untuk menyelamatkan syarikat Utusan ini.
- Mohon campurtangan Kerajaan dalam hal ini
- Ahli perniagaan Melayu perlu bersama-sama beli saham Utusan bagi langkah pemulihan
Utusan boleh diletak bawah GLC kerajaan dengan cara pemegang adalah GLC berkenaan
Kerajaan dan GLC memberi geran pinjaman kepada Utusan bagi tujuan pemulihan semula - Semua Agensi kerajaan termasuk universiti, GLC dan ahli politik mengambil atau membeli akhbar Utusan dan lain-lain penerbitan secara berkala dengan bayaran bulanan
- Semua iklan dari GLC dan tokoh perniagaan dimasukkan dalam akhbar Utusan dan lain-lain
- Sumbangan dari individu, tokoh perniagaan dan orang ramai perlu bagi mengelakkan syarikat ini ditutup
- Setiap individu, tokoh perniagaan yang menyumbang harus dikecualikan dari Cukai Pendapatan
- Campurtangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Utusan tidak ditutup dan sejarah ini tidak akan dilupakan
- Perdana Menteri kena campurtangan kerana ini merupakan kunci penyelasaian dan Utusan antara syarikat akhbar terbesar negara yang mempunyai banyak sejarah terbina darinya.
Mustapa yang juga Pengerusi Yayasan Seaweed Malaysia berkata, pihaknya tidak mahu kelak sejarah menyatakan zaman kerajaan bertukar syarikat akhbar terbesar negara ditutup kerana faktor tertentu dan jalan penyelasaian kepada konflik ini dengan cara pemulihan oleh Kerajaan dengan cara pembelian saham atau memberi pinjaman pemulihan.
“Jalan terbaik untuk menyelamatkan Utusan sama ada melalui GLC atau campurtangan Kerajaan ini kerana nasib Utusan, Kosmo dan lain-lain penerbitan adalah ditangan kita semua. Oleh itu, kita semua perlu melihat daripada fakta sejarah perjuangannya terdahulu kepada negara dan nasib kakitangan serta keluarga mereka,” katanya.