Kampus UTAR di Sungai Long dan Kampar dilengkapi akses Internet fiber
1Gbps dan pautan antara kampus, dengan keupayaan untuk mempertingkatkan
kelajuan tinggi

UNIVERSITI Tunku Abdul Rahman (UTAR) telah memilih Maxis untuk melengkapkan dua buah kampusnya di Sungai Long dan Kampar dengan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi.

Paul McManus, Maxis Chief Enterprise Business Officer (left) and Prof Ts Dr Faidz Abd Rahman, UTAR Vice President of R&D and Commercialisation

Melalui kerjasama tersebut, setiap kampus akan dilengkapi dengan akses Internet fiber 1Gbps dengan pautan antara kampus, dan juga Rangkaian Kawasan Metropolitan Internet Protokol (IPMAN) terkini Maxis, yang membolehkan UTAR meningkatkan kelajuan jalur lebar apabila kelajuan baru tersedia pada masa akan datang.

Kampus-kampus tersebut juga akan menikmati kesalinghubungan mudah alih berkelajuan tinggi yang dibina di sekitar rangkaian 4G LTE terpantas di negara.

“Internet telah menjadi sangat kritikal dalam kehidupan kita, terutamanya bagi golongan pelajar, ia adalah penting untuk akademik, pentadbiran dan gaya hidup.

Kami berbesar hati bekerjasama dengan UTAR untuk menyediakan tawaran menyeluruh daripada fiber berkelajuan tinggi sendiri kepada pelajar-pelajarnya, dan juga kesaling hubungan mudah alih.

Ini adalah keupayaan penting dalam mengurus penggunaan data yang tinggi yang biasa dilihat pada hari ini. Kami juga berbangga kerana telah dipilih oleh UTAR untuk menyampaikan reka bentuk yang memenuhi keperluan komersial dan teknikal mereka,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

“Kita tidak boleh mengabaikan kepentingan untuk sentiasa terhubung, lebih-lebih lagi dengan kesalinghubungan berkelajuan tinggi dalam era digital hari ini.

Akses Internet berkelajuan tinggi adalah penting untuk kehidupan kampus dan akan bermanfaat terutamanya semasa trafik atas talian yang tinggi, seperti pada Hari Terbuka di mana terdapat pengambilan dan pendaftaran pelajar baru sepanjang tahun.

Dengan rangkaian berkualiti dan kapasiti lebih tinggi yang disediakan oleh Maxis, kami pasti dapat menjangkakan pengalaman pelajar yang lebih baik, terutamanya semasa tempoh puncak,” kata Prof Ts Dr Faidz Abd Rahman, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengkomersialan UTAR.

Menyedari kepentingan akses kepada komunikasi dan teknologi canggih untuk sektor pendidikan, Maxis telah bekerjasama dengan universiti-universiti untuk kesalinghubungan seluruh kampus sejak beberapa tahun dulu.

Maxis bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk kesalinghubungan menyeluruh untuk memperkaya pengalaman bagi para pelajar, ahli fakulti dan kakitangan pentadbiran.

Pada tahun 2018, ia bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membolehkan 13 buah kampus UKM di seluruh negara disambungkan melalui perkhidmatan WiFi Maxis.

Di samping itu, beberapa bas terpilih UKM juga dilengkapi dengan WiFi percuma untuk memastikan para pelajar disambungkan di mana sahaja.

Prestasi rangkaian terunggul Maxis telah dibuktikan dalam Laporan Prestasi Rangkaian 2018 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di mana ia menjuarai segmen jalur lebar tanpa wayar dari segi kelajuan, masa tindak balas dan prestasi keseluruhan di antara semua rangkaian di Malaysia.

Maxis juga berada di tangga teratas dalam Standard Mandatori untuk Kualiti Perkhidmatan MCMC untuk kelajuan muat turun, dengan keupayaan untuk menerima kelajuan sekurang-kurangnya 1Mbps pada 99.89% masanya.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa ia mempunyai kelajuan purata tertinggi di
kalangan enam penyedia LTE di pasaran, dengan jurang kelajuan sebesar 12Mbps antara Maxis dan penyedia yang berada di tempat kedua.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini