Brezze Malaysia berhasrat untuk menjana RM300,000 melalui platform ECF, Ata Plus. Dana ini akan digunakan untuk membiayai kos operasi dan aktiviti pemasaran.
BREZZE Malaysia Sdn Bhd, syarikat di belakang stesen sewa power bank jenama Brezze, sedang menjana dana untuk membangun dan meneraju ekosistem perkongsian power bank di Malaysia.
Syarikat ini memegang lesen induk di Malaysia untuk stesen Brezze sejak November 2018. Stesen Brezze ini berasal dari Singapura dan telah menembusi pasaran dunia.
Brezze berhasrat untuk menyelesaikan masalah bateri telefon mudah-alih yang “mati” dengan rangkaian pengecas bateri. Daripada menyediakan titik pengecas yang tetap (fixed charging points), Brezze menyediakan pek pengecas mudah-alih dari satu destinasi dan pemulangan boleh dibuat di lokasi lain, jika perlu.
Konsep perkongsian power bank ini dilakukan melalui aplikasi mudah alih di mana para pengguna boleh mencari stesen pengecas terdekat dengan serta-merta, scan kod QR dan mendapatkan power bank dari mesin layan diri (vending machine) yang ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik.
Power bank yang disewakan ini boleh menampung kedua-dua Apple dan Android dengan caj kadar rata RM1/jam dan RM15/hari.
Selepas penggunaan, pek-pek bateri ini boleh dikembalikan ke mana-mana stesen pengecas. Sasaran Brezze adalah untuk menempatkan stesen pengecas ini setiap 500m di
kawasan yang mempunyai kadar trafik yang tinggi seperti di outlet-outlet F&B, pusat-pusat
membeli-belah dan stesen-stesen pengangkutan awam.
Rakyat Malaysia amat bergantung kepada telefon pintar (smartphone), terutamanya penggunaan platform digital untuk transaksi harian. Trend ini dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun.
Satu kaji selidik yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendapati bahawa kadar penembusan telefon pintar di Malaysia adalah 70%. Menurut laporan digital Hootsuite 2019, kadar penembusan internet di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara, iaitu pada tahap 80% (source), yang boleh dikata mengkagumkan.
Pakar-pakar industri meramalkan pertumbuhan pasaran untuk sektor power bank pada kadar 21.2% di antara tahun 2017 dan 2022, dengan nilai sebanyak USD 25.16 billion.
Faktor-faktor utama yang mendorong pertumbuhan pasaran ini termasuk penggunaan peranti elektronik yang meningkat, kemajuan teknologi dan kekurangan tenaga elektrik di
negara-negara yang tertentu.
Kelebihan Brezze berbanding dengan pesaing mereka adalah model tanpa deposit yang ditawarkan oleh Brezze. Data dari iiMedia Research menunjukkan yang model “tanpa deposit” boleh menarik lebih ramai para pengguna.
Kira-kira 15.3% daripada responden dalam kajian tersebut mengatakan unsur deposit adalah faktor yang menyebabkan mereka tidak mahu menggunakan perkhidmatan perkongsian power bank (power bank sharing).
Sementara 60.4% daripada responden pula mengatakan unsur deposit merupakan faktor yang mempengaruhi keputusan mereka dalam memilih pembekal perkhidmatan.
“Kes-kes muflis/bankrap yang berlaku di kalangan syarikat-syarikat perkongsian basikal/motosikal (bike sharing), di mana para pelanggan telah hilang deposit mereka, telah menyebabkan hilang kepercayaan dalam model ini,” kata Kuhan Ganeswaran, Ketua Pegawai Eksekutif Brezze Malaysia.
Pada 2017, industri penyewaan power bank di China menampakkan lonjakan dalam pelaburan di mana 5 syarikat startup dalam penyewaan power bank telah menarik lebih dari 20 institusi pelaburan dengan pembiayaan berjumlah lebih daripada RMB300 juta (RM178 juta) hanya dalam tempoh sebulan.
Industri ini juga telah melihat syarikat startup ChargedUp dari United Kingdom menerima £1.2 juta (RM6 juta) pembiayaan benih (seed funding) pada bulan Februari 2019 dan juga diumumkan sebagai syarikat pertama diterima untuk mengambil bahagian dalam Program Accelerator Startup Runcit (Retail Startup Accelerator Program) yang diterajui oleh sebuah gergasi dalam industri runcit, iaitu Marks & Spencer.
“Kami yakin bahawa Brezze akan meraih kejayaan dan pencapaian yang serupa di Malaysia. Kita semua telah mengalami situasi bila kuasa bateri telefon pintar berada pada tahap rendah (low battery) – ianya adalah amat menyusahkan.
Objektif kami adalah memberi akses kepada power bank yang terdekat, iaitu tidak lebih dari 500m, kepada para pelanggan kami,” kata Kuhan.
Brezze Malaysia ingin mendapatkan sokongan dari komuniti di luar sana untuk membawa perniagaannya ke pergi lebih jauh lagi. Dana yang dikumpul oleh Brezze Malaysia melalui ECF ini akan digunakan untuk tujuan operasi, penjualan dan pemasaran.
“Secara ringkas, Brezze menangani suatu kehendak yang amat diperlukan dalam pasaran, iaitu peranti-peranti mudah-alih yang kehabisan kuasa bateri. Kita tidak boleh menafikan era telefon pintar dan pergantungan para pengguna terhadap peranti tersebut.
Penyelesaian yang dibawa oleh Brezze Malaysia kepada suatu masalah yang biasa ini, membawa bantuan yang amat diperlukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia,” kata Kyri Andreou, pengasas bersama dan pengarah Ata Plus.