Pengguna eWallet dapat menggunakan kaedah pembayaran mudah dan lancar untuk menikmati hidangan KFC dan nikmati diskaun 20% untuk 5-pc KFC Bucket Kongsi!

TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik dengan rangkaian restoran terbesar negara, KFC Malaysia.

Para pelanggan kini boleh melakukan pembayaran QR di semua restoran KFC seluruh negara menggunakan Touch ‘n Go eWallet (eWallet).

Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama restoran ikonik di Malaysia seperti KFC, di mana rakyat Malaysia boleh menikmati ayam goreng kegemaran mereka dengan kemudahan Touch ‘n Go eWallet, di samping mendapat kelebihan tambahan.”

“Perkhidmatan kami sentiasa dinaiktaraf seiring dengan perkembangan teknologi yang
semakin mudah didapati di dalam kehidupan seharian. Kami teruja untuk melancarkan kerjasama dengan Touch ‘n Go, sebagai salah sebuah syarikat peneraju yang mempelopori
usaha ke arah membentuk masyarakat tanpa tunai.

Pilihan pembayaran digital seperti Touch ‘n Go eWallet dapat membantu kami mempertingkat kecekapan perkhidmatan restoran, bagi menyediakan yang terbaik kepada rakyat Malaysia,” kata Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Sempena pengumuman kerjasama dan bulan Ramadan ini, rakyat Malaysia boleh menikmati *20% diskaun ke atas 5-pc KFC Bucket Kongsi, sah daripada 16 Mei 2019 hingga 17 Jun 2019.

Selain itu, pengguna baharu Touch ‘n Go eWallet boleh mendapatkan Complimentary RM10
TNG Reload PIN di restoran KFC terpilih.

(*Tertakluk kepada Terma & Syarat)

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini