Kempen keselamatan kereta terbesar melibatkan 26 stesen minyak Petron di lima negeri.

PETRON memulakan kempen pemeriksaan keselamatan kereta terbesar di lebih banyak stesen minyak bagi memastikan jalan raya yang lebih selamat sempena musim perayaan dan cuti panjang yang akan datang di negara ini.

Petron disokong oleh Honda Malaysia, Michelin Malaysia dan Bosch Automotive Aftermarket bagi menyediakan pemeriksaan kereta secara percuma di stesen minyak Petron terpilih.

Ketua Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Lokman Hani berkata, “Keselamatan adalah keutamaan kami. Kami ingin membantu memastikan kenderaan selamat untuk perjalanan jarak jauh.

“Pemeriksaan keselamatan kenderaan yang mudah dapat membantu mencegah insiden dan menyelamatkan nyawa.

“Kami bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi automotif yang berkongsi nilai yang sama. Melalui kerjasama strategik, kami dapat menjangkau lebih banyak pemandu dan membantu meminimumkan kemalangan jalan raya, terutamanya sewaktu cuti panjang.

“Perkhidmatan pemeriksaan kenderaan adalah percuma untuk sebarang jenama kereta di lebih banyak stesen minyak Petron untuk semua pelanggan.”

Kejayaan kempen Petron yang terbesar dan paling lama, Program Keselamatan Jalan Raya Petron, yang kini telah masuk tahun ke-7, tidak mungkin dapat dicapai tanpa rakan kongsi utamanya, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Petron Corporate Safety, Security, Health and Environment Head, Lokman Hani

“Kami berharap untuk bekerjasama dengan rakan kongsi utama kami iaitu Honda, Michelin dan Bosch untuk memberi pelanggan kami pemeriksaan keselamatan kereta secara percuma,” katanya.

Sempena musim perayaan, Bosch Automotive Aftermarket akan menyediakan pemeriksaan keselamatan kereta terperinci, termasuk keadaan bateri dan wiper kereta selama 5 minit bagi semua jenis kenderaan di 5 stesen Petron yang terletak di kawasan Lembah Klang dari 18 hingga 19 Mei dan 25 hingga 26 Mei, eksklusif untuk pelanggan Petron.

Meneruskan kerjasama dengan Honda Malaysia, Petron menawarkan perkhidmatan 32-mata pemeriksaan kenderaan di 6 stesen minyak. Pelanggan juga boleh mendapatkan tayar Michelin mereka di 15 stesen minyak Petron bagi memastikan tayar mereka selamat sebelum memulakan perjalanan yang panjang.

“Lebih ramai orang akan memandu semasa musim perayaan, oleh itu terdapat keperluan yang meningkat bagi mewujudkan kesedaran mengenai cara untuk mengelak kemalangan. Kami menggalakkan pengguna memandu dengan selamat, mematuhi peraturan lalu lintas dengan memakai tali pinggang dan topi keledar keselamatan, dan mematuhi had laju.

“Pada masa sama, kami menasihati mereka supaya memeriksa kenderaan sebelum memandu. Ini dapat mengurangkan kemalangan di jalan semasa memandu,” katanya lagi.

Tahun lepas, semasa musim perayaan, Petron telah mengadakan 20 pemeriksaan keselamatan kereta di stesennya untuk lebih 3,800 kereta. Program ini selaras dengan misinya untuk meningkatkan tabiat keselamatan jalan raya positif di kalangan pengguna jalan raya.

Untuk senarai penuh stesen minyak Petron yang terlibat, sila pautan ini (pautan).

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini