Kempen terbaharu tawar 8 tahun jaminan dan 5 tahun servis percuma meraikan penjualan lima juta kenderaan HAVAL di seluruh dunia.

SEMPENA meraikan penjualan sebanyak lima juta unit kenderaan Haval di seluruh dunia, Haval Malaysia melancarkan kempen “HAVAL Crazy Raya” bagi menghargai para pelanggan selain ingin turut sama memeriahkan musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Kempen ini menawarkan jaminan perbatuan tanpa had selama lapan tahun bagi model HAVAL H2 manakala HAVAL H1 pula adalah selama tujuh tahun untuk pakej jaminan
yang sama.

Ketua Bahagian Pengedar Jualan, GO Auto Sales Sdn Bhd, Suhaimi Nawawi berkata, pelanggan yang membeli HAVAL H2 juga turut menikmati perkhidmatan servis dan alat ganti percuma selama lima tahun.

“HAVAL adalah satu-satunya kenderaan SUV yang hadir dengan tawaran jaminan seperti
itu di Malaysia, ia merupakan tawaran keemasan yang perlu direbut oleh peminat SUV untuk memiliki kenderaan pilihan mereka.

“Tawaran ini juga secara tidak langsung meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa
HAVAL adalah peneraju kepada kenderaan utiliti serbaguna (SUV) yang diyakini di
Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

GO Auto Sales Sdn Bhd merupakan pengedar kenderaan HAVAL di Malaysia turut
menawarkan pakej pemilikan kenderaan yang menarik kepada pembeli yang membuat
tempahan bermula hari ini sehingga 30 Jun 2019.

Suhaimi berkata, pembeli boleh memilih satu daripada tiga pakej pemilikan yang
ditawarkan bagi model HAVAL H2 bersesuaian dengan keinginan mereka, apa yang pasti
pakej tersebut pastinya memberikan bonus kepada pembeli.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai
tawaran jaminan dan pakej tersebut di laman web rasmi www.haval.my atau layari
laman sosial Facebook, HAVAL Malaysia.

Selain itu katanya, orang ramai juga boleh melihat dengan lebih dekat atau memandu uji
SUV berkenaan di beberapa lokasi siri jelajah (roadshow) atau hadir sendiri di pusat
jualan HAVAL di seluruh negara.

“Jaminan dan pakej menarik ini pastinya memberikan kelegaan kepada pembeli serta
mereka tidak lagi pening kepala dan menikmati sepuas – puasnya pemanduan SUV yang
sebenar,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini