Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan musim perayaan yang bakal tiba menerusi pelbagai tawaran jualan dan selepas jualan istimewa, dengan semangat penyatuan dan kebersamaan.
JENAMA kenderaan dari Jerman itu kini menawarkan penjimatan tambahan ke atas model-model terpilih dan kadar faedah serendah 1.88% setahun untuk Passat yang memenangi anugerah.

Di samping petrol kad bernilai RM1,000 bagi semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2019.
Kempen kebersamaan ini bukan sekadar meraikan kegembiraan, keharmonian dan keseronokan menikmati makanan enak bersama rakan-rakan, keluarga dan mereka yang tersayang, tetapi terdapat sebuah Volkswagen untuk setiap orang.
Dengan tawaran hebat ini, apa yang perlu dilakukan hanyalah memandu uji model pilihan – kerana kelebihan sebuah Volkswagen lebih baik dirasai sendiri daripada diterangkan oleh orang lain.
Perincian tawaran hebat adalah seperti berikut:
| Model | Penjimatan daripada | Kadar faedah rendah | Baucar Petrol | Bayaran bulanan bermula |
| Polo | RM4,000 | – |
|
RM741 |
| Vento Comfortline | RM8,000 | – |
|
RM801 |
| Vento Highline | RM6,000 | – |
|
RM892 |
| Golf R-Line | – | – |
|
RM1,810 |
| Golf GTI | – | – |
|
RM2,572 |
| Golf R | – | – |
|
RM3,176 |
| Tiguan Highline | RM2,000 | – |
|
RM1,711 |
| Passat Comfortline | RM15,000 | 1.88% |
|
RM1,576 |
| Passat Highline | RM4,000 |
|
RM1,865 | |
| Beetle Sport | RM2,000 | – |
|
RM1,570 |
Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat. Bayaran bulanan berdasarkan kepada pinjaman selama 9 tahun dengan bayaran muka 10%. Termasuk rangkaian model JOIN.
Ketenangan minda sentiasa menjadi keutamaan setiap orang yang akan berjalan jauh. Dengan gelombang haba yang melanda negara baru-baru ini, para pemilik Volkswagen boleh menikmati pemeriksaan pendingin hawa secara percuma di semua pusat servis sah Volkswagen dan balik kampung dengan selesa pada Hari Raya nanti.
Mereka yang perlu melakukan servis atau menukar penapis pendingin hawa akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 20% mulai sekarang hingga 30 Jun 2019.
VPCM juga menawarkan promosi tayar untuk mereka yang ingin menukar tayar baharu sebelum sambutan hari Raya.
Dapatkan tayar Continental bermula serendah RM184 dan terima manfaat tambahan seperti pemasangan, penjajaran dan imbangan secara percuma, bergantung kepada pakej tayar yang berbeza. Promosi tayar ini akan tamat pada 30 Jun 2019.
Para pemilik Volkswagen dijemput untuk memuat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares pada musim perayaan ini dan menyertai 10,000 pengguna yang sudahpun menjadi sebahagian daripada keluarga Volkswagen Cares.
Selain paket Raya eksklusif untuk ditebus, ganjaran utama yang diperoleh oleh pemilik adalah tip-tip dan numbor panggilan kecemasan yang berguna. Pastikan anda tidak terlepas apa jua tawaran yang ada.
Semua kenderaan Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Untuk layak menyertai kempen tersebut, tempahan mestilah dibuat dalam tempoh promosi, serta tertakluk kepada terma dan syarat sehingga stok masih ada.





































