Dunia dikelilingi oleh beberapa syarikat gergasi minyak dan gas terkemuka seperti Shell, Exxon Mobil, Murphy Oil dan ramai lagi.

NAMUN tidak ketinggalan syarikat minyak dan gas milik Malaysia juga membuatkan negara bangga kerana berjaya mengukir nama diperingkat global menjadi pemain utama dalam kelas tersendiri.

Dibawah ini adalah senarai nama lima Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) teratas dalam industri minyak dan gas negara.

Petronas – Tan Sri Wan Zukiflee Wan Ariffin

Nama Petronas tidak perlu diperkenalkan lagi kerana kita sedia maklum mengenai peranan ‘Kaptennya’ iaitu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Syarikat minyak milik negara, Petronas atau Petroliam Nasional Berhad turut tersenarai dalam Fortune Global 500.

Wan Zulkiflee mengambilalih kepimpinan Petronas pada 2015 daripada Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. Ia adalah cabaran besar buat Wan Zulkiflee ketika itu kerana harga minyak mentah dunia menjunam untuk pertama kalinya sehingga dibawah AS$100 se tong dan kadang kala berada pada paras serendah AS$30 se tong.

Bagaimanapun, bagi Wan Zulkiflee yang terkenal dengan keazaman dan kehebatannya, Petronas berjaya melalui rintangan yang mendatang. Kini, Petronas berada dikemuncak kejayaan dan Wan Zulkiflee meneruskan legasinya dalam mempelbagaikan pelaburan diluar negara.

Minggu lalu, Petronas mengumumkan bahawa syarikat itu meninjau pasaran Amerika bagi meningkatkan rezab minyak dari Kanada hingga ke Brazil dalam usaha untuk mempelbagaikan asas pendapatan yang akan memberi pulangan kepada rakyat.

Sapura Energy – Tan Sri Shahril Shamsuddin

Selepas Petronas, kapten industri kedua paling berpengaruh dalam industri minyak dan gas ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy Berhad, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Jika dikecualikan dengan Petronas, tiada mana-mana syarikat yang mempunyai pengaruh besar di negara ini jika tidak bukannya, Sapura Energy Berhad. Menerusi kepimpinan cekap Shahril, Sapura Energy menjadi komponen pertumbuhan utama dalam industri minyak dan gas negara.

Shahril berjaya membina dan membangunkan Sapura Energy dan kini syarikat sudah memiliki kehadiran di lebih 20 negara dan mempunyai kakitangan lebih 10,000 orang membabitkan 35 kewarganegaraan.

Begitu juga dengan Petronas, Sapura Energy turut menerima kesan kejatuhan harga minyak mentah dunia pada 2014. Namun, dibawah kepimpinan Shahril, Sapura Energy berjaya melonjak semula dan kini dalam proses menjadi antara pemain utama daripada lima gergasi minyak dan gas dunia.

Pengerusi Eksekutif Dialog Group, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dialog, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat tidak asing lagi dalam sektor minyak dan gas negara.

Ngau adalah pengasas dan pemegang saham utama dalam syarikat sejak 1984 dan beliau memulakan karier sebagai jurutera penapisan dengan Mobil Singapore Pte Ltd serta berkhidmat di Petronas Malaysia dari tahun 1975 hingga 1980.

Beliau memiliki pengalaman selama 46 tahun dalam industri minyak dan gas selain berkhidmat sebagai Pengerusi Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd dan ahli lembaga Johor Petroleum Development Corporation.

Dialog juga adalah salah satu pelabur perintis di Pengerang yang mana syarikat itu memiliki dan melakukan operasi petrokimia, terminal simpanan minyak dan LNG serta pelabuhan laut dalam.

Ngau yang menjadi peneraju utama membangunkan syarikat ketika ini memiliki kekuatan seramai 2,500 kakitangan dengan pejabat di sembilan negara.

Pengerusi Kumpulan Syarikat Shell Datuk Iain Lo

Kumpulan syarikat Shell sudah menjadi rakan kepada sektor minyak dan gas negara sejak lebih 126 tahun.

Pengerusinya, Datuk Iain Lo berkata, menariknya orang ramai lebih minat untuk mengetahui tanggungjawab sosial korporat Shell berbanding pembangunan korporat kerana Shell amat dikenali dengan pelbagai sumbangannya kepada negara.

“Shell menerima kredit diatas pembangunan bandar-bandar utama yang kini menjadi sebahagian daripada sektor minyak dan gas negara khususnya di Miri, Sarawak sejak 1910,” kata Lo ketika dipetik dalam satu laporan media.

Shell juga dikenali sebagai platform latihan kepada kebanyakan kakitangan tempatan yang kemudiannya melanjutkan karier kepada firma minyak dan gas lain.

Sebagai satu daripada firma minyak dan gas dunia terbesar, apa sahaja yang Shell lakukan akan memberi impak kepada sektor minyak dan gas negara.

Tidak ketinggalan – Hibiscus, Serba Dinamik, Alam Maritim

Adalah berbaloi untuk turut mengumumkan beberapa nama ‘kapten’ dalam industri ini yang turut mempunyai pengaruhnya.

Mereka termasuklah Pengarah Urusan Hibiscus, Dr Kenneth Gerard Perera; Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Berhad, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan, Alam Maritim Datuk Azmi Ahmad.

Kesimpulannya, kesemua Ketua Pegawai Eksekutif ini memiliki lebih 30 tahun pengalaman dikalangan mereka dan mereka bersama-sama berkorban demi memastikan sektor minyak dan gas menjadi pemangkin kepada kehidupan lebih baik rakyat Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini