Seramai 50 anak yatim dan anak mualaf bakal memperolehi manafat apabila asrama mereka dapat dibangunkan di atas tapak tanah seluas suku ekar di Kg Phum Thmey, Kemboja.

TAPAK asrama itu terletak bersebelahan dengan sekolah Agama Vedo yang mempunyai seramai 323 orang murid bermula dari Tadika sehingga Darjah 6.

Mustapha kanan) dan Asahari berjabat tangan tanda kerjasama bagi pembinaan asrama terbabit di Kemboja

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, tanah seluas suku ekar itu telah diwakafkan bagi tujuan pembinaan tambahan Sekolah Vedo atau dijadikan Asrama Anak-anak Yatim dan Mualaf.

Beliau berkata, disebabkan anak-anak yatim dan mualaf ini tinggal jauh dipinggir kampung, adalah wajar tanah itu dijadikan asrama bagi memudahkan proses pembelajaran mereka.

“Kita bercadang membina bangunan satu tingkat yang boleh menampung 100 anak-anak yatim dan mualaf. Justeru, saya mengalu-alukan penderma Malaysia yang sudi menderma bagi saham dunia dan akhirat,” katanya ketika berkunjung ke Kg Phum Thmey, Kemboja baru-baru ini.

Menurutnya, kesedaran ibubapa menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah sekolah agama dan Tahfiz amat mengalakkan.

Katanya, ini dapat dilihat kerana ketika ini ada seramai 700,000 umat Islam daripada 16 juta rakyat Kemboja dan ramai juga orang Islam yang memegang jawatan penting dalam kerajaan.

“Begitu juga dengan guru agama yang ada seramai 1,700 orang dibayar oleh Kerajaan dan pembinaan sekolah-sekolah agama amat menggalakkan kerana lepasan dari sekolah agama ini, mereka berpeluang menyambung pengajian ke luar negara.

Mustapha (tengah) di hadapan sekolah Agama Vedo bersama guru besar Ustaz Asahari Ismail (kiri) dan Ustaz Ismail Sulaiman, Penolong Kanan Sekolah (kanan sekali)

“Pembinaan asrama ini juga memberi keselesaan kepada 50 anak yatim dan anak mualaf bagi mendapat pendidikan sempurna kerana kebanyakan mereka tinggal di merata tempat di beberapa kampung Phum Thmey yang miskin serta daif.

“Jadi bila ada tempat tinggal yang sempurna seperti asrama, kita harap mereka akan dapat menumpu kepada pengajian sepenuhnya….oleh itu saya merayu kepada penyumbang di Malaysia, agar kita dapat membantu mereka dan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, Gurubesar Sekolah Agama Vedo, Ustaz Asahari Ismail berkata, sekolah itu amat padat dengan murid dan kita perlu membina sebuah bangunan asrama satu tingkat di sebelah atas.

“Kita boleh jadikan asrama dan sebelah bawah kita jadikan bilik darjah untuk Tahfiz Al Quran. Sekiranya ada sesiapa sanggup menderma kita akan meletakkan namanya pada asrama tersebut.

“Ketika ini, sekolah mempunyai 14 orang guru iaitu 7 lelaki dan 7 wanita,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini