Ketua NGO Antarabangsa yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Asia Tenggara (SEAWEED) Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, sumbangan itu diterima atas keprihatinan pihak Kedutaan Arab Saudi kepada NGO Antarabangsa.

SUMBANGAN ini amat besar erti kerana banyak sumbangan yang diterima setakat ini seperti naskah al-Quran, sejadah, karpet masjid dan telekung wanita sebanyak 1,000 pasang dan kain pelikat juga sebanyak 1,000 pasang.

Mustapha (tiga dari kiri) menerima sumbangan kain pelikat dan telekung dari Sheikh Abdul Rahman M Al Hefri (dua dari kanan) disaksikan Khoirul Anam Mohd (kanan sekali) dari Furada dan Ahmad Tajuddin Idris (dua dari kiri) dari Furada dan Ustaz Ahmad Fazrin dari Kedutaan Arab Saudi

“Semua keperluan ini akan saya salurkan kepada fakir miskin dan mualaf di Kemboja kerana semua barang ini amat sukar didapati di Kemboja,” katanya sambil merakam perhargaan yang tinggi kepada Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Malaysia Sheikh Abd Rahman M Al Herfi yang sentiasa menyokong aktiviti dijalankan NGO Antarabangsa.

Menurut Sheikh Abdul Rahman lagi, aktiviti yang dijalankan Dr Mustapha ini amat berkesan kepada Ummah kerana aktiviti yang dijalankan kepada masyarakat Islam yang susah dan mualaf yang tinggal jauh dipedalaman.

“Saya secara peribadi kagum dengan kesungguhan, kesabaran dan daya usaha tinggi beliau dalam melakukan kerja kebajikan.

“Beliau berjaya membina masjid, madrasah, sekolah Tahfiz dan perigi air bagi mendapatkan air bersih selama 20 tahun adalah sesuatu yang hebat dan luarbiasa bagi kepentingan Ummah sejagat,” katanya.

Sementara itu, Mustapha berkata pihaknya sentiasa berusaha mendapatkan bantuan dari pelbagai pihak NGO yang ada kaitan dengan pihak kedutaan Arab Saudi yang turut membantu NGO Antarabangsa.

Sheikh Abdul Rahman M Al Hefri Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi (dua dari kiri) menyerahkan telekung kepada Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican disaksikan oleh Ustaz Ahmad Fazrin Yahya (dua dari kanan), Khoirul Anam Mohd (kanan sekali) dan Ahmad Tajuddin Idris (kiri sekali) dari Pusat Perunding Haji Purada

Menurutnya, Kemboja tidak mempunyai kedutaan Arab Saudi dan apa sahaja keperluan untuk menunaikan Haji oleh masyarakat Islam Kemboja perlu mendapat Visa dari Thailand atau Vietnam.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya amat berterima kasih atas bantuan pihak kedutaan Arab Saudi kepada saya hari ini.

“Ini kerana di Kemboja, telekung bagi wanita amat sukar diperolehi dan jika ada harganya agak mahal malah saya kadangkala sedih melihat fakir miskin dan mualaf tidak mampu membelinya.

“Semua telekung dan kain ini akan saya sumbangkan kepada golongan fakir miskin serta mualaf yang berada di pedalaman seperti Kg View, Kg Stremtreang berhampiran sempadan Loas dan pergunungan Mondokiri yang membabitkan 10 jam perjalanan dari ibukota,” katanya.

Mustapha berkata, sumbangan yang diperolehi ini akan dihantar dengan segera bagi persediaan menghadapi bulan Ramadan tidak lama lagi dan pihaknya merakam penghargaan tinggi atas keprihatinan kedutaan Arab Saudi dan rakan-rakan yang menyokong usaha murni ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini