Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, mengumumkan pelancaran rasmi Mitsubishi Triton serba baharu.

MITSUBISHI Triton serba baharu itu ditawarkan pada harga bermula dari RM100,000 dalam pilihan lima varian dan empat warna.

Tomoyuki Shinnishi, CEO  MMM, berkata “Trak pikap merupakan teras kepada Mitsubishi Motors dan syarikat telah mengeluarkan pikap sejak 1978. Sejak lebih 40 tahun, banyak pengalaman telah diraih bukan sahaja daripada keupayaan kejuruteraan dan kelasakan kenderaan tetapi juga memahami kemahuan pelbagai pelanggan.

 

Varian

 

Harga (RM)

 

Warna

Triton Adventure X135,200.00

 

White Diamond, Jet Black Mica
Triton AT Premium118,600.00White Diamond, Graphite Gray
Triton MT Premium112,500.00

 

White Diamond, Graphite Gray
Triton AT

 

105,990.00

 

WhiteDiamond, Sterling Silver

 

Triton MT100,200.00

 

White Diamond, Sterling Silver

 

•       Harga-harga adalah harga atas jalan tanpa insurans (termasuk SST 10%) bagi pemilikan persendirian individu sahaja di Semenanjung Malaysia dan tidak terpakai di zon bebas cukai.

 

Oleh itu, Mitsubishi Motors telah mampu menambah baik kenderaan ini dan hari ini, kami dengan bangganya memperkenalkan Mitsubishi Triton baharu sebagai generasi kelima trak pikap yang diminati ramai.”

Shinnishi berkata syarikat yakin model baharu ini akan menerima sambutan yang baik dan memacu momentum pertumbuhan bagi MMM. Sasaran jualan tahun ini adalah 600 unit sebulan dan dijangka menyaksikan pertambahan sebanyak 28% di dalam jualan Triton.

“Dengan konsep ‘Engineered Beyond Tough’, pasukan projek ini meletakkan matlamat untuk menyediakan sebuah kenderaan yang akan menjadi penetap trend, lasak dan selamat.

Selain mengguna sepenuhnya pengalaman 40 tahun di dalam membangunkan trak pikap yang tahan lasak, boleh diharap dan selesa, kami mengamalkan empat teras di bawah konsep pembangunan 4Sure Handling iaitu: 4Sure Power; 4Sure Control; 4Sure Agility; 4Sure Safety. Dengan empat teras ini, para pelanggan dijamin bahawa kenderaan ini dibina dengan standard dan prestasi tinggi,” katanya.

4Sure Power: Triton serba baharu dikuasakan oleh enjin yang memenangi anugerah, turbodiesel MIVEC 2.4 liter dengan blok aluminium untuk kecekapan dan prestasi optimum.

Output besar sebanyak 181 PS kuasa dan 430 Nm kuasa kilas disalurkan ke empat roda menerusi transmisi automatik 6-kelajuan baharu juga telah ditambah bagi menambah baik kecekapan dan fleksibiliti pemanduan selain memberikan pertukaran gear yang lancar.

4Sure Control: Triton baharu ini dilengkapi dengan sistem  Super-Select 4WD II Mitsubishi Motor, dibangunkan daripada pengalaman berdekad-dekad di dalam pertandingan off-road seperti Rali Dakar.

Sistem pintar dan tegap ini memberikan cengkaman optimum dan perwatakan pengendalian pada semua jenis permukaan. Sistem Super-Select 4WD II memiliki Mod Off-road baharu yang meningkatkan keupayaan pada permukaan off-road berbeza seperti jalan batu kelikir, lumpur/salji, pasir dan batu-batu.

Apabila dihidupkan, Mod Off-road menguruskan kuasa enjin, transmisi dan brek untuk prestasi optimum di dalam pelbagai keadaan.

Di samping itu, Kawalan Turun Bukit (Hill Descent Control)secara automatik mengaplikasikan brek di permukaan cerun, membolehkan pemandu menumpu kepada mengemudi kenderaan.

4Sure Agility: Walaupun Triton ini bersaiz besar dan panjang,reka bentuk ikonik J-Line membolehkan pengendalian yang luar biasa, terutama radius pusingan yang terbaik di dalam kelasnya sebanyak 5.9 meter.

Ini membolehkan ia mempunyai ketangkasan di atas jalan selain boleh melepasi ruang sempit semasa off-road dan semasa parkir. Reka bentuk J-Line membolehkan pengendalian seumpamanya tanpa menjejaskan ruang kabin atau ruang barang.

4Sure Safety: Triton serba baharu ini mempunyai kerangka jenis ladder yang tinggi tahap keteguhan dan boleh diharap, dan struktur keselamatan berimpak tinggi pada kabin bagi memberikan penumpang perlindungan sebaik mungkin semasa kemalangan.

Ini disokong oleh sistem keselamatan aktif berdaya maju dan bantuan pemandu yang merangkumi  Forward Collision Mitigation (FCM), yang boleh mengesan kenderaan atau pejalan kaki di hadapan; Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW with LCA), yang membantu mengelak pelanggaran dengan kenderaan lain semasa menukar lorong dengan mengesan kenderaan di belakang atau pada suku belakang, dan memberi amaran kepada pemandu dengan bunyi lembut dan kelipan lampu pada cermin kiri atau kanan pintu.

L-R COO of MMM, Ilham Helmi and CEO of MMM Tomoyuki Shinnish

Juga membantu meningkatkan keselamatan ialah Rear Cross Traffic Alert (RCTA) yang membantu mengelak pertembungan semasa mengundur dengan mengimbas ke semua kawasan.

Jika sebuah kenderaan dikesan mendekat, pemandu akan diberi amaran untuk mengambil langkah sepatutnya. Sama seperti sebelum ini, kamera di belakang juga dipasang bagi memberikan pandangan kawasan yang betul-betul di belakang kenderaan.

Sistem Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS) kini terdapat pada Triton bagi membantu mengurangkan kemalangan akibat daripada salah pemecutan semasa bergerak atau mengundur di kawasan parkir atau ruang tertutup lain-lain.

Sistem ini akan membunyikan buzzer dan memaparkan amaran jika pengimbas di hadapan atau belakang mengesan halangan. Output enjin akan secara automatik dikawal jika pemandu memecut mendadak semasa situasi sedemikian.

Bagi kemudahan dan tambahan keselamatan, Triton serba baharu ini juga dipasang dengan sistem Auto High Beam. Apabila pengimbas mengesan kenderaan mendatang, ia secara automatik menukar suluhan lampu tinggi kepada yang rendah supaya tidak menyilau pandangan pemandu lain.

Ini membolehkan suluhan lampu tinggi dipasang kerap bagi pencahayaan lebih baik jalan raya pada waktu malam.

Triton serba baharu menggabungkan evolusi terbaharu bahasa reka bentuk Mitsubishi Motors Dynamic Shield. Wajah badan yang direka bentuk baharu ini adalah lebih bertenaga dengan garisan bonet lebih tinggi dan rekaan lampu lebih garang.

Elemen lampu dan bamper menyumbang kepada imej lebih perkasa di samping menambahkan rupa visual.

Sementara mengekalkan beberapa sentuhan pengayaan asli yang menjadikan generasi Trition terdahulu sebagai penetap trend dalam kalangan pikap, para pereka telah menambah lengkung badan dengan garisan tebal, menambah gemerlapan roda yang menjelmakan keteguhan trak pikap Mitsubishi Motors dan ciri kemodenan.

Bagi ruang dalaman, pengayaan juga mengikuti tema ‘Engineered beyond Tough’, mencetuskan rasa sporty dan moden. Nilai kualiti tinggi juga dirasai dengan padanan lembut pada kawasan kerusi seperti tempat rehat tangan dan batang brek parkir, disulam dengan dwi-jahitan untuk penampilan lebih premium.

Di samping itu, ruang dalaman Triton baharu ini juga memiliki ciri tambahan iaitu Pengecas Telefon Pintar di belakang dan Kotak Simpanan selain Penyalur Udara dengan Lohong individu.

Triton baharu ini diimport ke Malaysia sebagai kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi Motors di Thailand. Ia adalah satu-satunya trak pikap (kategori sehingga 2.4 liter di dalam pasaran Malaysia) dengan waranti 200,000 km atau 5 tahun bagi kemuncak ketenangan minda pemanduan.

Sebagai tawaran pengenalan bagi meraikan pelancaran Triton serba baharu ini, seramai 1,000 pelanggan pertama akan menerima edisi terhad Thule Subterra Luggage eksklusif bernilai RM2,000.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini