Kedai Ayamas baru-baru ini telah melancarkan semula produknya iaitu Oishii Roaster dan juga mencipta versi istimewa hidangan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu Mee Kari Laksa untuk peminat menikmatinya pada perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba.
OISHII bermaksud “lazat” dalam bahasa Jepun, merupakan ayam panggang Ayamas kegemaran ramai yang diperap dengan sos Teriyaki, limau, halia, bawang putih dan herba
terpilih.
Gabungan kulit ayam rangup dan kelembutan isi ayam yang penuh perisa menjadikan
ayam panggang Oishii satu menu lazat yang wajib dinikmati seisi keluarga.
“Ayam panggang Oishii adalah satu produk unik yang memberi peluang kepada pelanggan
untuk menikmati ayam panggang ala Jepun. Ungkapan “manis di dalam, rangup di luar” sudah cukup untuk menggambarkan keenakkan ayam panggang ini, yang juga sesuai bagi mereka yang sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik untuk dinikmati,” kata Abdul Rahman Md Dawi, Pengarah Eksekutif, KARA Holdings Sdn Bhd.
Selain itu, Kedai Ayamas juga turut memperkenalkan hidangan baru yang merupakan olahan daripada hidangan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Mee Kari Laksa.
Keunikan versi mereka ialah kelazatan kuah yang berempah dan kaya dengan rasa, berserta dengan cebisan ayam panggang Signature Roaster. Harganya amat berpatutan, iaitu RM9.90 untuk hidangan ala carte dan RM10.90 untuk kombo berserta minuman.
Sempena pelancaran menu baru ini, baucar RM2 untuk pengenalan Mee Kari Laksa ini akan diberikan kepada pelanggan apabila mereka membeli seekor ayam panggang pada harga biasa.
Oishii Roaster boleh didapati di Kedai Ayamas, Kiosk Ayamas dan Deli Ayamas dengan harga daripada RM26.00 (seekor ayam), RM15.00 (setengah ekor ayam), RM8.50 (suku ekor ayam), daripada RM26.00 (RoasTwo) dan dari RM49.00 untuk (MixDouble).
Ia juga boleh didapati dalam bentuk set Meal for 1 (RM14.00), Meal for 2 (RM27.00), Meal for 4 (RM48.00). Untuk kedai Ayamas Roaster Express, roaster Oishii dilengkapi dengan hidangan sampingan tambahan seperti taugeh dan tauhu Jepun dalam dua jenis set iaitu Meal for 4 (RM59.90) dan Meal for 2 (RM31.90). (Harga mungkin berbeza untuk perkhidmatan penghantaran).
Oishii Roaster boleh didapati bermula daripada 17 Januari 2019 hingga 19 Februari 2019 di kesemua 49 Kedai Ayamas, Ayamas Roaster Express, Kiosk Ayamas dan Deli Ayamas, sementara stok masih ada (kecuali Kiosk Kedai Ayamas di Balok, Kuantan).