Epson mengumumkan pelancaran mesin pencetak format besar T-series yang berkelajuan tinggi, ia boleh didapati dalam bentuk model tetapan di atas meja (desktop) atau di atas lantai (floor-standing).
PELANCARAN produk-produk tersebut juga menandakan penyertaan Epson ke dalam segmen pasaran bertahap rendah hingga pertengahan untuk pemplot CAD.
Rangkaian mesin pencetak ini menggunakan saiz ruangan yang terkecil jika dibandingkan dengan mesin lain dalam segmen seumpamanya, mesin pemplot tanpa wayar (wireless) ini menampilkan reka bentuk yang serba minimalis, ergonomik dan kompak yang sesuai untuk digunakan dalam ruangan pejabat.
Dari cetakan biru (blueprint), pelakaran garisan sehingga ke penghasilan helaian penanda atau poster bilik darjah, SureColour T-series menawarkan prestasi pencetakan profesional yang boleh dipercayai merentasi pelbagai jenis sektor, termasuk bidang seni bina, kejuruteraan, CAD, GIS, pendidikan, korporat, atau untuk penggunaan di rumah dan pejabat yang kecil.
SureColor T-series dipacu oleh teknologi kepala cetak PrecisionCore MicroTFP serta Teknologi Verifikasi Nozel (Nozzle Verification Technology) oleh Epson yang boleh mengesan dan melaras kondisi nozel secara automatik, lantas menzahirkan butiran dan keupayaan yang bertaraf gred komersial.
Rangkaian produk berprestasi tinggi yang merangkumi mesin pencetak SC-T5430 bersaiz 36 inci dan SC-T3430 bersaiz 24 inci dapat menghasilkan cetakan A1 pada tahap kelajuan tinggi yang masing-masingnya berdurasi 22 saat dan 25 saat.
Model permulaan yang terdiri daripada siri pencetak SC-T5130, SC-T3130 serta SC-T3130N, dan masing-masing boleh mencetak pada permukaan yang bersaiz A1 dalam masa 31 dan 34 saat, malah boleh dimuatkan dalam ruang pejabat yang kecil.
Khususnya, siri SC-Tx130 dilengkapi dengan fungsi penukaran auto yang unik, ia membolehkan mesin pencetak tersebut menukar tetapan format bagi kertas bersaiz A4/A3 tanpa memerlukan pengguna menyentuh mesin pencetak ini.
Produk ini ideal bagi syarikat-syarikat kecil yang memerlukan mesin pencetak dengan pelbagai kegunaan di dalam ruang pejabat yang terhad.
Helaian yang dicetak akan disimpan di dalam kompartmen yang disediakan sehingga cetakan yang seterusnya dilakukan untuk memudahkan proses penggunaan.
Epson SureColor SC-T3130N (tanpa kaki)
“Mesin pencetak SureColor T-series dicipta untuk para penginovasi – jurutera, pereka dan arkitek yang menginginkan mesin pencetak berformat besar yang kompak, boleh dimuatkan dengan baik dalam ruang kerja mereka.
Mesin pencetak T-series dihasilkan menerusi teknologi Epson yang terkini untuk memberikan hasil cetakan yang berkualiti tinggi, ia membolehkan pengguna mendapatkan kualiti cetakan yang jitu dan terang menerusi saiz format yang besar tanpa sambungan wayar, dan ia boleh dilakukan dengan menggunakan peranti mudah alih mereka,” ujar Danny Lee, Pengarah, Jualan & Pemasaran, Epson Malaysia.
Dilengkapi dengan keupayaan keterhubungan tanpa wayar dan ‘Wi-Fi Direct’, pengguna boleh mencetak dengan mudah menerusi tablet dan telefon pintar, atau menggunakan skrin sentuh berwarna LCD 4.3 inci yang baharu, ia tampil dengan menu kawalan serta navigasi yang ringkas dan intuitif.