GuocoLand Malaysia Berhad (GLM) dengan kerjasama Ingress Auto melancarkan kempen “DC Residensi X Ingress Auto” yang menawarkan pakej eksklusif dan rebat sehingga RM300,000 bagi mana-mana model BMW dan MINI dengan pembelian apartmen DC Residensi.

KEMPEN yang hanya ditawarkan kepada pembeli tempatan itu memberi peluang kepada pembeli memiliki apartmen mewah DC Residensi yang terletak di lokasi strategik ditengah-tengah Damansara Heights.

Pengarah Urusan Ingress Auto, Rabian Ab Rahman (kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan GuocoLand Malaysia, Datuk Edmund Kong melancarkan kempen

Pengarah Urusan Kumpulan GLM, Datuk Edmund Kong berkata, penghuni DC Residensi bukan sahaja boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti hotel lima bintang Sofitel Kuala Lumpur Damasara, menara pejabat gred A dan gedung membeli-belah moden, DC Mall.

Beliau berkata, apartmen itu yang dibina di kawasan seluas 8.5 ekar pembangunan bercampur Damansara City juga terletak berhampiran stesen MRT dan dihubungkan dengan lebuh raya SPRINT yang menghubungkan Kuala Lumpur serta Petaling Jaya.

DC Residensi setinggi 28 tingkat membabitkan dua blok menara itu mengandungi 370 unit rumah reka bentuk kontemporari iaitu daripada unit satu bilik tidur hingga 3+1 bilik tidur dan rumah emper (Penthouse).

Keluasan unit apartmen adalah antara 904 kaki persegi hingga 2,702 kaki persegi pada harga antara RM1.7 juta hingga RM4.4 juta manakala RM5.9 juta hingga RM8.9 juta bagi rumah jenis Penthouse.

Ketika ini, unit tipikal sudah 70 peratus terjual dengan majoriti pembeli daripada golongan atasan dan ekspatriat dari China, Singapura serta Hong Kong.

DC Residensi juga lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam Olimpik dengan 50 meter kolam air masin, aqua gimnasium, dewan pelbagai guna, bilik mesyuarat peribadi dan teater mini.

Pelancaran kempen ‘DC Residensi X Ingress Auto’ diadakan dalam satu majlis ringkas pada Sabtu lalu oleh Pengarah Urusan Kumpulan GLM, Datuk Edmund Kong mewakili GuocoLand Malaysia manakala Ingress Auto oleh Pengarah Urusannya, Rabian Ab Rahman.

Sementara itu, Ketua Jualan Ingress Auto, Zainudin Hamid berkata, kerjasama dengan GuocoLand Malaysia adalah pertama kali diadakan dan menggabungkan dua jenama mewah selari dengan tema ‘Sheer Driving Pleasure’ & ‘The Ultimate of Luxury Living’.

Beliau berkata, kedua-dua jenama Ingress Auto dan GuocoLand Malaysia berkongsi karakter yang sama yang melambangkan kualiti cemerlang, rekaan cantik, inovasi teknologi dan kepelbagaian fungsi.

“Kolaborasi antara Ingress Auto dan GuocoLand Malaysia memberi inspirasi kepada penyatuan dan menjangkaui kemewahan yang kontemporari,” katanya.

Katanya, inovasi sentiasa menjadi salah satu faktor kejayaan utama kepada BMW sejak mula ditubuhkan dan memberi fokus kepada inovasi sentiasa menjadikan BMW terus berada di hadapan.

Zainudin berkata, kerjasama dengan GuocoLand Malaysia adalah satu bentuk inovasi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada Ingress Auto dan GuocoLand Malaysia malah membuka peluang tanpa sempadan kepada pelanggan mengenali makna sebenar kemewahan.

Menerusi kempen ‘DC Residensi X Ingress Auto’ yang bermula 19 Januari 2019, pembeli yang membeli mana-mana unit DC Residensi berpeluang mendapat rebat antara RM120,000 hingga RM300,000 bagi pembelian mana-mana model BMW atau MINI di mana-mana cawangan Ingress Auto.

Sementara itu, Prebiu.com turut berkesempatan meninjau dua unit Penthouse DC Residensi yang masing-masing bernilai lebih RM6 juta dan hampir RM9 juta yang terletak ditingkat 27 bangunan kediaman mewah itu.

Pemandangan ruang tamu di unit Penthouse DC Residensi bernilai kira-kira RM9 juta

Kedua-dua kediaman Penthouse yang memiliki saiz keluasan antara 3,000 kaki persegi hingga lebih 4,000 kaki persegi dihiasi dengan perabot, perhiasan mewah dan menampilkan dekorasi yang cukup moden serta kotemporari.

Penthouse bernilai hampir RM9 juta itu memiliki empat bilik tidur bercirikan dua tingkat lengkap dengan lif peribadi terus ke lobi atau parkir kenderaan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini