Perodua sumbang 50 buah Myvi kepada Bomba, 25 institusi pengajian tinggiseluruh negara

PERODUA akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara untuk kegunaan mereka dalam latihan dan penyelidikan, menjadikan ia antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh syarikat tersebut.

Perodua Myvi 1.3 X Green

 

“Kami menyumbang tujuh buah Myvi generasi terbaharu dan 43 buah Myvi generasi sebelumnya kepada organisasi-organisasi ini dengan harapan ia dapat dimanfaatkan di dalam
penyelidikan, latihan dan pembelajaran mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Beliau menyerahkan kenderaan-kenderaan tersebut secara simbolik kepada wakil-wakil organisasi masing-masing dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn
Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin, pada satu majlis di ibu pejabat Perodua di Sungai Choh.

Sebanyak 25 institusi pendidikan tinggi tersebut merangkumi universiti serta institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia.

“Sebagai syarikat People First, Perodua gigih memperkasakan golongan belia melalui
pendidikan, kerana merekalah bakal pemimpin Malaysia dan peneraju masa hadapan industri
automotif tempatan.

“Inisiatif-inisiatif pendidikan kami termasuk Perodua Eco Challenge dan Perodua Youth Training
Programme (PYTP). PYTP merupakan program Tanggungjawab Korporat yang paling lama
telah kami laksanakan, menghasilkan lebih 630 graduan sejak 1999,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Perodua Myvi 1.5 AV Grey

Awal tahun ini, Perodua telah mengadakan majlis konvokesyen untuk 141 belia yang dilatih
dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, melayakkan mereka untuk menerima
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan kecekapan teknikal and vokasional.

Lebih 70% daripada mereka akan berkhidmat di pusat servis dan fasiliti Badan & Cat (Body &
Paint) Perodua di seluruh negara.

“Dengan lebih sejuta unit dijual sejak kelahirannya pada tahun 2005, Myvi merupakan model
kenderaan terlaris di Malaysia selama 13 tahun berturut-turut.

“Justeru itu, Myvi sangat sesuai untuk tujuan penyelidikan dan latihan tempatan kerana ia
adalah model yang paling dekat mewakili kenderaan di Malaysia,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Baru-baru ini, Perodua Myvi telah memenangi segmen Aras Mula (Entry-Level) di Anugerah
Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2018, anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI).

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini