Institut Ejen Hartanah (MIEA) dan AirAsia mengumumkan perkongsian mereka melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menawarkan fleksibiliti perjalanan yang lebih besar untuk ahli MIEA baru-baru ini.
MoU itu ditandatangani oleh Presiden MIEA Eric Lim dan Ketua Jualan Korporat Kumpulan AirAsia, Alex Tan Heng Lay.
Presiden MIEA, Eric Lim berkata, kerjasama ini dengan AirAsia adalah satu pencapaian penting
bagi MIEA. AirAsia adalah syarikat penerbangan pertama yang berkerjasama dengan MIEA dan kami amat gembira kerana dapat bekerja dengan syarikat penerbangan murah terbaik di dunia.

Kerjasama ini adalah langkah yang maju untuk MIEA kerana ahli-ahli MIEA akan memperoleh akses kepada kadar istimewa dan kemudahan perjalanan, secara lazim menjadikannya pengalaman lancar untuk perjalanan bisnes mereka.”
“Kini, kami juga berfokus pada operasi pasaran hartanah ASEAN, yang kami percaya dapat
ditingkatkan dengan manfaat yang diuntung oleh rangkaian luas AirAsia yang kukuh. MIEA juga merupakan anggota ASEAN Real Estate Network Alliance (ARENA) yang mewakili 8 persatuan kebangsaan hartanah di ASEAN.
Kami percaya kerjasama ini akan menggalakkan ahli kami untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam pemasaran hartanah di ASEAN” tambah Lim.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata “Berkerjasama dengan persatuan seperti MIEA amat baik kerana kami sama berkongsi wawasan untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.
Kami gembira dapat meningkatkan operasi perniagaan MIEA dengan membantu ahli-ahlinya mengalami perjalanan yang lebih lancar dan merendahkan kos perjalanan perniagaan melalui keistimewaan MyCorporate. Sebagai syarikat penerbangan yang benar-benar ASEAN, ahli MIEA juga dapat manfaat dari rangkaian luas kami di seluruh 10 negara ASEAN untuk terus merangsang pertumbuhan rantau ASEAN.”
Dengan MoU ini, lebih 5,000 ejen dan perunding hartanah di seluruh negara yang didaftar bersama MIEA akan menikmati keistimewaan AirAsia MyCorporate, seperti fleksibiliti perubahan penerbangan, tambahan penting untuk keselesaan lanjut, lebih simpanan dengan tambang korporat tergabung, mata ganjaran AirAsia BIG dan sokongan pelanggan korporat.
MyCorporate adalah satu rangkaian produk yang eksklusif untuk penumpang bisnes. Ia terdiri daripada tiga pilihan pakej yang bergantung kepada keperluan penumpang dan belanjawan syarikat – Fare Only, Corporate Lite dan Corporate Full Flex.
Salah satu tawaran utama adalah Corporate Full Flex yang memberi fleksibiliti kepada penumpang untuk menukar masa penerbangan mereka dan tarikh sehingga dua jam sebelum penerbangan berlepas seperti dijadualkan.
Ciri ini digabungkan dengan perkhidmatan lain termasuk makanan percuma, bagasi, pemilihan tempat hot-seat, kaunter daftar masuk berdedikasi dan banyak lagi.
Penumpang Corporate Full Flex juga boleh melayari penerbangan awal pada hari yang sama tanpa sebarang caj. Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila layari airasia.com/MyCorporate.
MIEA aktif menggalakkan pengamal menjadi sebahagian daripada persatuan berusia 42 tahun ini dalam usaha untuk menyatukan persaudaraan, menetapkan standard yang tinggi dalam amalan mereka dan menegakkan profesionalisme demi kepentingan Penjual dan Pembeli, Tuan Tanah & Penyewa.