Aplikasi perkongsian kereta SOCAR, menjalinkan kerjasama dengan jenama rangkaian restoran terkemuka dan ikonik di negara ini, iaitu KFC Malaysia.

MENERUSI kolaborasi berkenaan, mereka memperkenalkan 12 lagi Zon SOCAR bersama ganjaran menarik untuk dinikmati oleh para pelanggan dari 5 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019.

Dilancarkan pada awal tahun ini, aplikasi perkongsian kereta SOCAR telah menjadi peneraju di dalam memperkenalkan gaya hidup multiflex* kepada warga Malaysia di sekitar Kuala Lumpur dan yang terkini, di Johor Bahru.

SOCAR berhasrat untuk mengembangkan komuniti multiflex dan perkongsian kereta melalui ganjaran berterusan dan kerjasama yang menarik.

Dengan sokongan zon SOCAR terbaharu di 12 buah restoran strategik KFC, ‘multiflexers’ dari pelbagai kawasan yang berbeza kini boleh berhubung dan menikmati kemudahan tambahan dan peningkatan aksesibiliti.

“Dengan mengambil kira kemudahan, kemampanan dan kehidupan moden, SOCAR bersama dengan KFC sedang berusaha untuk memperluaskan lagi komuniti multiflex dan perkongsian kereta.

“Kami berharap agar dapat melihat lebih banyak keluarga menerima teknologi dan mengamalkan gaya hidup perkongsian kereta sambil mereka menikmati hidangan KFC yang seterusnya bersama-sama,” kata Leon Foong, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia.

Baru sahaja mengembangkan sayap ke Johor Bahru dan bakal diikuti dengan zon utara dan timur tidak lama lagi, SOCAR sedang mengatur langkah untuk  menyediakan pilihan mobiliti mudah kepada semua warga Malaysia bagi melakukan perjalanan, bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara.

From left to right: Ling Mee Jiuan, Chief Operating Officer, KFC Malaysia; Merrill Pereyra, Restaurants CEO, QSR Brands; Leon Foong, CEO SOCAR Malaysia; and Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Managing Director of QSR Brands

“Dengan SOCAR berada di lebih daripada 470 lokasi, pemilikan kereta tidak lagi menjadi keperluan bagi pengguna.

Perkongsian kami dengan KFC menunjukkan betapa mudahnya bagi multiflexers untuk mendapatkan satu ‘bucket’ KFC kegemaran mereka dan berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga mereka tanpa perlu bergantung kepada kereta peribadi mereka. Teknologi dan perkongsian kereta, apabila digabungkan, benar-benar dapat membantu membawa runcit ke pintu depan lebih ramai lagi,” tambah Foong.

Sementara itu, Pengarah Urusan QSR Brands, Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, “KFC berhasrat untuk menjadi peneraju di dalam menyediakan perkhidmatan berinovatif bagi memberi manfaat kepada para pelanggan.

“Untuk memastikan kami terus berada di hadapan, kami sentiasa berusaha untuk menjadi yang terawal di dalam menyokong dan melaksanakan perubahan yang sejajar dengan perkembangan terkini. Perkongsian kereta adalah sebahagian daripada gaya hidup moden kontemporari dan ianya semakin diterima baik oleh masyarakat di Malaysia.

“Melalui kerjasama ini, kami menggalakkan kemajuan  mobiliti pintar yang kami percaya bakal memainkan peranan penting di dalam kehidupan di masa hadapan,” katanya.

Di samping pembelian biasa, pelanggan KFC dan SOCAR akan dapat menikmati ganjaran berbentuk diskaun di platform SOCAR, penggunaan SOCAR secara percuma serta E-baucar KFC Delivery.

“Peluang kerjasama unik seperti ini membolehkan kami menjalankan aktiviti pemasaran secara lebih kreatif bagi menawarkan nilai tambah kepada para  pelanggan, selain daripada perkhidmatan sedia ada.

“Secara asasnya, kami mengaplikasikan kemudahan teknologi yang telah disediakan bagi terus menawarkan kemudahan buat para pelanggan kami.” katanya lagi.

Zon SOCAR di Cawangan KFC

Memperkenalkan 12 Zon SOCAR tambahan di cawangan KFC terpilih di Kuala Lumpur (7) dan Johor Bahru (5), menjadikan jumlah zon SOCAR terkini adalah sebanyak 475 lokasi.

Pengguna akan dapat mengenal pasti Zon SOCAR di cawangan KFC yang mengambil bahagian  menerusi penanda dalam aplikasinya. Pengguna juga akan menikmati diskaun 20% untuk semua tempahan yang dibuat di cawangan-cawangan ini.

Bonanza KFC Delivery

Sementara itu, pelanggan KFC Delivery atas talian akan dapat menikmati diskaun SOCAR sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Dengan perbelanjaan minimum sekurang-kurangnya RM40 (termasuk yuran penghantaran dan cukai perkhidmatan sebanyak 6%) dalam satu transaksi, pelanggan akan dapat menikmati diskaun RM40 daripada Tempahan SOCAR seterusnya (kecuali BMW dan Mini Cooper).

Ganjaran Dalam Kedai

Pelanggan di KL dan JB akan dapat menikmati promosi dalam kedai di kedua-dua platform SOCAR dan KFC. Pelanggan perlu mengunjungi cawangan KFC yang mengambil bahagian dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam kedai. Pelanggan akan dibawa  ke halaman utama untuk mendapat pengesahan sebelum menerima baucar mereka.

Baucar Termasuk:

  • SOCAR: 3 Jam Percuma untuk tempahan mana-mana kereta (kecuali BMW dan Mini Cooper).
  • KFC: Baucar RM5 KFC E-delivery, boleh ditebus di Laman Web KFC Delivery, Aplikasi mudah alih serta ‘Chatbot’.
30 Cawangan KFC yang Mengambil Bahagian
Lembah Klang: Cawangan KFC (Dengan Zon SOCAR Berdiskaun)Lembah Klang: Cawangan KFC (Tanpa Zon SOCAR)
1.   Tasik Prima, Puchong

2.   Semenyih

3.   Bukit Kemuning

4.   Nilai Square

5.   Subang 2

6.   Setia Alam

7.   Pandu Lalu Wangsa Maju

8.   Bukit Bintang

9.   Desa Sri Hartamas

10. Jalan Universiti DT

11. Pertama Complex

12. Petronas Taman Tun

13. Petronas Lebuhraya Persekutuan

14. Sea Park

15. Sunway Metro

16. USJ Taipan

17. Extreme Park – Shah Alam

18. Kepong

19. VSQ PJ

20. Kuchai Lama

Johor Bahru: Cawangan KFC (Dengan Zon SOCAR Berdiskaun)Johor Bahru: Cawangan KFC (Tanpa Zon SOCAR)
1.   Mutiara Rini

2.   Sri Gelam

3.   Damansara Aliff

4.   Senai Impian

5.   Puteri Wangsa

6.   KSL City Mall

7.   Legoland JB (Medini Mall)

8.   Paradigm Mall JB

9.   JB Sentral

10. AEON Big Bukit Indah

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini