Merchantrade, jenama pertukaran mata wang digital dan tunai terbesar di Malaysia menjadi tumpuan orang ramai di Pameran MATTA yang diadakan dari 7 hingga 9 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
KEHADIRAN pengunjung ramai yang bukan sahaja mencari maklumat mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan tetapi turut berkesempatan mendapatkan penjelasan lebih terperinci produk-produk yang ditawarkan oleh Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade).
Antara produk yang menjadi tumpuan ialah kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money.
Keistimewaan pemilik kad itu boleh menukar Ringgit Malaysia secara digital ke dalam pelbagai mata wang, pada kadar pertukaran kompetitif yang dikehendaki oleh para pelanggan.
Rata-rata pengunjung yang sudah mendaftar untuk mendapatkan kad itu mengakui penggunaan kad itu cukup mudah, selamat dan diyakini.
Salah seorang pengunjung, Alahendran S Murugan, 62, berkata, ini adalah kali pertama dia mengetahui mengenai ciri-ciri pintar yang ditawarkan oleh kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money.
Beliau yang sering ke luar negara mengakui kad itu memiliki pelbagai kegunaan dan selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak serta mudah digunakan di mana-mana sahaja peruncit di seluruh dunia.
“Kad ini berfungsi seakan kad kredit atau debit tetapi caj yang dikenakan adalah berbeza dan tidak terlalu tinggi jika mahu mengeluarkan wang. Saya akan mengesyorkan penggunaan kad ini kepada rakan-rakan yang lain,” katanya ketika ditemui di PWTC, semalam.
Katanya, kaedah untuk menambah baki wang dalam kad juga mudah kerana ia dihubungkan terus kepada panel bank yang tersenarai menerusi aplikasi pada telefon bimbit tanpa perlu berurusan dimana-mana kaunter bank.
Bagi eksekutif kewangan sebuah syarikat antarabangsa, Rugayah Abdul Manan, 29, pula berkata, dia sering ke luar negara atas urusan syarikat dan perlu membawa mata wang asing dalam jumlah yang banyak.
Beliau berkata, selepas mengetahui keistimewaan kad itu, dia berpendapat bahawa penggunaan kad itu dapat mengatasi masalah membawa wang tunai dan tidak perlu ke kaunter mana-mana bank atau pengurup wang untuk menukar mata wang asing.
“Saya juga boleh bercuti dengan senang hati dan tidak perlu bimbang tentang naik turun kadar pertukaran wang kerana segala urusan boleh dilakukan pada telefon bimbit menerusi aplikasi yang disediakan,” katanya.
Sementara itu, pemandu pelancong, Jon Lim berkata, dia tertarik untuk mendapatkan kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money kerana dia sering ke luar negara untuk membawa pelancong Malaysia.
“Saya kini berasa yakin dan selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah kerana kad ini boleh digunakan di 44 juta rangkaian peniagaan Visa di seluruh dunia.
“Saya bersama empat rakan lain tanpa berlengah terus mendaftar untuk memiliki kad ini ketika berkunjung ke Pameran MATTA ini,” katanya.
Beliau yang sudah bertugas selama dua tahun sebagai pemandu pelancong berkata, kad itu juga boleh digunakan di dalam Malaysia malah boleh melakukan pemindahan wang, pemindahan kad ke kad, menyemak baki kad dan tambah nilai.
“Saya pasti akan mempromosikan penggunaan kad ini kepada rakan-rakan yang bertugas sebagai pemandu pelancong pada masa depan,” katanya lagi.
Gerai pameran Merchantrade ditempatkan di F1 hingga F4, Dewan 3 di PWTC. Merchantrade turut menyediakan kemudahan bagi pengunjung yang ingin mendaftar untuk Merchantrade Money di luar Dewan PWTC.
Sementara itu, Merchantrade adalah rakan pertukaran wang rasmi di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Pameran MATTA) yang berakhir hari ini.
Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran berkata, syarikat itu berbesar hati kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada pameran pelancongan
terbesar di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kehadirannya di negara ini sebagai jenama
pertukaran mata wang digital dan tunai pilihan di kalangan pelancong dan pengembara.
“Kami berharap dapat memberi pengalaman menakjubkan dengan memberikan kadar dan tawaran terbaik kepada pelancong dan pengembara semasa Pameran MATTA lebih-lebih lagi apabila mereka mengetahui yang mereka telah mengunci kadar pertukaran terbaik dengan Merchantrade.
Oleh itu, kami mengalu-alukan pengunjung untuk merebut peluang ini dan mendapatkan tawaran terbaik yang disediakan oleh kami. Kami menjadikannya begitu mudah untuk pelanggan dan pengunjung kami,” katanya.
Pengunjung ditawarkan perkhidmatan inovatif lagi menarik termasuk kad Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money, pertukaran wang dalam talian eForex dan melalui kaunter untuk kemudahan pengguna menukar mata wang asing mereka dan mendapatkan kadar pertukaran terbaik untuk perjalanan mereka ke luar negara.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk meletakkan nama peribadi pada kad mereka yang akan dicetak serta merta apabila mereka mendaftar untuk kad pelbagai mata wang.
Faedah menarik lain termasuk pemindahan wang dengan lancar untuk anak-anak yang sedang menuntut di luar negara, pembantu rumah boleh menghantar wang dengan mudah kepada orang tersayang dan ekspatriat dapat mengirim pendapatan mereka dengan mudah ke negara asal mereka.
Bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pertukaran wang dalam talian eForex, mereka boleh mengambil mata wang mereka kemudian di mana-mana pusat pengambilan pilihan atau menggunakan perkhidmatan penghantaran yang membolehkan mata wang mereka dihantar terus ke rumah.
Sementara itu, perkhidmatan inovatif digital terkini Merchantrade, kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money menawarkan nilai wang kepada pelanggan apabila mereka boleh mengunci kadar pertukaran pada masa pembelian mata wang asing tanpa terjejas oleh naik turun kadar pertukaran mata wang asing semasa melancong ke luar negara.
Pengembara kini boleh bercuti dengan senang hati dan tidak perlu bimbang tentang naik turun kadar pertukaran. Wallet pelbagai mata wang ini menawarkan 11 mata wang termasuk Dolar Amerika, Dolar Singapura, Pound Sterling, Dolar Australia, Rupiah Indonesia, Euro, Baht Thailand, Yen, Saudi Riyal, dan Renminbi China.
Kad prabayar pelbagai mata wang ini boleh digunakan di 44 juta rangkaian peniagaan Visa di seluruh dunia.
Pengembara juga boleh melakukan pemindahan wang, pemindahan kad ke kad, menyemak baki kad dan tambah nilai, isian semula langganan pra-bayar mudah alih (domestik dan antarabangsa), mengunci kad, menukar PIN kad atau menyemak perbelanjaan mereka (melalui e-penyata) hanya dengan menggunakan aplikasi mudah alih.
Bagi Pameran MATTA selama tiga hari ini, syarikat tersebut akan menawarkan promosi istimewa berikut:
eForex dan Pertukaran Wang Melalui Kaunter
• Urus niaga RM12,000 dan ke atas dan dapatkan beg bagasi 20 inci
• Urus niaga RM20,000 dan ke atas dan dapatkan beg bagasi 28 inci