PROTON mengalu-alukan sejumlah 12 pengedar yang telah lulus untuk dinaiktaraf kepada
status 3S dan 4S. Daripada jumlah ini, 6 daripada mereka adalah pengedar baharu.

MAJLIS menandatangani Penaiktarafan Rangkaian Pengedar dan Perjanjian Pengedar Baharu telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON.

Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd mewakili PROTON untuk
menandatangani perjanjian tersebut. Turut hadir ialah Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan barisan Pengurusan Kanan PROTON.

From left: Standing: Dr. Ho Tuck Sum, Senior Manager, Sales & Network Planning, Edmund Lim Meng Thong, General Manager, Sales Planning, Lau Yit Mun, Director, Sales, Dr Li Chunrong, Chief Executive Director of PROTON, Amal Ayshah Dato’ Azmi, Director of Kulis Auto Sdn Bhd, Dato’ Radzaif Mohamed, Deputy CEO of PROTON, Cheng Seng Fook, Director of Marketing, Alex Tan Chin Kee, Deputy Director, Sales, Rajendran A/L Nambiappan, Head, Sales Management, Thinagharan A/L Loganathan, Deputy Director, Network Planning & Development, Zhang Qiang, Deputy Director, Network Support.
Seated: Ahmad Adzam Dato’ Azmi, Director of Kulis Auto Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa, CEO PROTON Edar Sdn Bhd.

 

Dengan pembukaan rasmi cawangan 3S dan 4S yang telah diadakan di daerah tengah pada baru-baru ini, PROTON berbesar hati mengumumkan bahawa 6 pengedar baharu juga telah mendaftar bersama PROTON untuk menubuhkan cawangan 3S dan 4S mereka di seluruh negara.

6 pelabur baharu yang hadir pada majlis tersebut ialah Victorange Sdn Bhd, Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd (Kota Kinabalu), Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd (Sandakan), Ming Heng Sdn Bhd, Grand Arena Automotive Sdn Bhd dan YS Autoworld Sdn Bhd.

Menurut Thomas Chiu Kui Yin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi Corporation, beliau sentiasa percaya akan kemampuan kereta kebangsaan itu untuk menakluk semula pasaran.

Keyakinan tersebut telah membuatkan beliau melabur pada dua cawangan iaitu pusat 4S di Kota Kinabalu dan pusat 3S di Sandakan.

Thomas Chiu turut menyatakan bahawa, “Bagi kami, kami sentiasa positif bahawa PROTON mempunyai potensi untuk lebih maju. Kami amat teruja apabila melihat peluang melalui iklan di dada akhbar pada 2017 di mana PROTON mencari pengedar baharu di Sabah.

Sudah tentu, kami dengan segera mengemukakan permohonan untuk menjadi sebahagian daripada pengedar PROTON. Kami berasa gembira kerana PROTON telah menerima komitmen pelaburan kami. Buat masa ini, kami mengharapkan lebih banyak kerjasama perniagaan dan semoga usaha untuk mencapai matlamat ini akan berjaya”.

Tambah Thomas Chiu lagi, “Apabila Geely bekerjasama dengan PROTON, potensi PROTON untuk berkembang maju dilihat lebih cerah. Geely, dengan barisan kereta mereka yang berteknologi canggih, diikuti pula dengan platform jualan dan servis yang kukuh dalam pelan PROTON yang baharu, saya yakin Syarikat akan memperbaiki semula kewujudannya sebagai
pemain yang kompetitif di pasaran”.

Bagi Eric Lee Kok Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Ming Heng Motor Sdn Bhd, beliau benar-benar memahami bahawa kunci kepada perniagaan yang berkekalan adalah kepuasan pelanggan.

 

Ini terbukti berdasarkan pengalamannya sebagai seorang bekas jurubank dengan lebih daripada 25 tahun dalam perbankan runcit. Kini, sebagai seorang usahawan, beliau berkata,

“Untuk berada dalam perniagaan bagi jangka masa yang lama, anda akan lebih berjaya sekiranya anda mengutamakan pelanggan. Pelanggan-pelanggan inilah yang akan memberitahu kepada orang lain mengenai jenama anda sekiranya mereka mendapat layanan yang jujur, profesional dan berintegriti.

Sebuah jenama itu hanya akan dikenali jika pelanggannya berpuas hati dan gembira”.
“Tidak kiralah sama ada bank atau kedai runcit, ianya tidak akan mengubah teras perniagaan dalam meningkatkan kualiti servis untuk menaikkan kepuasan pelanggan.

Secara dasarnya, operasi pusat sehenti akan memberikan pelbagai jenis kemudahan yang diperlukan oleh pelanggan,” tambah Eric Lee.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini