Angka-Tan Motor Lancar Siri Prime Mover Tugas Berat Berteknologi Tinggi Foton Auman EST Serba Baharu.

MODEL serba baharu itu dibangunkan dengan pelbagai teknologi global yang canggih dan boleh dipercayai; dijangka menerajui industri pengangkutan dan logistik pada masa depan

Meletakkan teknologi sebagai paksi penyelesaian trak pintar, pengedar trak di pasaran tempatan, Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) – sebuah anak syarikat Warisan TC Holdings dan ahli Tan Chong Group – baru-baru ini melancarkan trak prime mover komersial tugas berat serba baharu – siri Foton Auman EST (Energy Super Truck) dalam satu majlis khas untuk para pelanggannya.

Dikilangkan oleh Foton Daimler Automotive Co. Ltd yang berpangkalan di Beijing, trak Auman
EST serba baharu merupakan sebahagian daripada Siri Trak Super Foton yang dilengkapi
pelbagai teknologi mobiliti termaju masa depan.

(L-R) – Dai Hongkai, General Manager, Foton Asia Pacific, Beijing Foton Daimler Automotive Co. Ltd, Tan Keng Meng, Chief Executive Officer, Warisan TC Holdings Bhd, Dato Tan Heng Chew, President, Warisan TC Holdings Bhd and Madam Wang Shu Er, Dirk Steffens, Chief Engineer Heavy Duty Truck, Beijing Foton Daimler Automotive Co. Ltd

Siri trak Auman EST serba baharu dibina hasil kombinasi teknologi-teknologi yang terkenal di
seluruh dunia serta terbaik di dalam kelasnya dari Amerika Syarikat (AS), Jerman dan China.

Ia dikuasakan oleh enjin 12-liter Cummins ISG yang bersih, efisien dan boleh dipercayai dari
Cummins Inc., AS, transmisi TraXon yang terkini dan inovatif dari ZF Herman, serta aplikasi
teknologi Eropah oleh Beijing Foton Daimler Automotive ke dalam gaya baru badannya.

Kombinasi semua teknologi ini membuatkan Auman EST mampu untuk menjalankan apa jua
operasi sukar. Pada masa yang sama, ia juga akan mengekalkan standard dari segi tempoh
boleh operasi, penjimatan bahan api dan keselamatan sepanjang perjalanan yang jauh untuk
operasi rutin harian trak serta pengendali pengangkutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata, “Foton Auman EST ialah sebuah prime mover tugas berat yang padat dengan teknologi.

Kami yakin ia dapat menawarkan nilai dan kelebihan luar biasa kepada syarikat logistik serta pengangkutan di Malaysia. Hari ini teknologi semakin banyak digunakan dalam penyelesaian trak untuk menjadikanya lebih pintar, memandangkan landskap industri terus berubah dan permintaan terhadap penyelesaian pengangkutan yang pintar kian meningkat.

Sebab itulah Auman EST tampil dengan teknologi pintar, jimat bahan api, ciri keselamatan mengagumkan dan sangat boleh dipercayai.

“Dengan penambahan Auman EST dalam tawaran produk kami dan sokongan berterusan
Kumpulan ke atas aspek selepas pasaran, saya yakin Angka-Tan Motor akan mempunyai
penguasaan pasaran yang kukuh dan mampu memberi perkhidmatan lebih baik kepada para
pelanggan,” tambah Tan.

Auman EST dihasilkan di kilang digital paradigmatik global yang dilengkapi sistem pengurusan
TOS+ (Truck Operating System), keupayaan dan teknologi pengilangan termaju. Trak ini telah
menjalani rejim ujian yang ketat di atas jalan biasa dalam pelbagai kondisi, suhu serta altitud
hingga ke hadnya. Ini bagi memastikan aspek kualiti, ketahanan dan prestasinya yang luar biasa.

Pengurus Besar, Foton Asia Pacific, Beijing Foton Daimler Automotive Co., Ltd, Dai Hongkai
berkata, “Selaku pengeluar utama kenderaan komersial di China dan global, Foton terus melabur dalam bidang penyelidikan kejuruteraan, pembangunan dan mengaplikasikan teknologi terkini ke dalam trak Auman EST.

Kami komited untuk mencipta serta menawarkan trak yang pintar dan efisien pada hari ini dan masa depan.

“Trak ini memiliki semua nilai utama Foton dan dijangka menjadi pengubah permainan dalam
usaha kami untuk menjadi jenama China yang menawarkan standard global ke dalam
penyelesaian trak.

Foton juga sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Angka-Tan Motor sebagai pengedar di Malaysia kerana kami berkongsi visi yang sama untuk berjaya dan memimpin perniagaan-perniagaan ke masa hadapan,” tambah beliau.

Trak pintar berkualiti tinggi untuk kecekapan maksimum, padat dengan teknologi yang revolusionari, Auman EST serba baharu ialah sebuah trak yang pintar, jimat bahan api, selamat dan produktif.

Trak ini juga dipasang dengan teknologi binaan platform termaju dan modular yang menggabungkan semua komponen kompleks menerusi ECU (Unit Kawalan Elektronik), sekali gus memudahkan urusan mendiagnos kerosakan, menambah baik keselamatan serta penggunaan bahan api.

Bukan itu sahaja, ciri I-Telligent System-Load Based Speed Control (LSBC) mengawal rev enjin berdasarkan kepada beban, kondisi jalan dan kelajuan kenderaan untuk menambah baik
penggunaan bahan api. Ia juga membuatkan trak sangat stabil dan mudah dikendalikan di atas jalan yang tidak rata.

Penjimatan bahan api merupakan salah satu faktor penting dalam kalangan syarikat logistik dan pengangkutan. Auman EST menawarkan penjimatan bahan api yang luar biasa menerusi banyak cara.

Enjin Cummins ISG canggih menambah baik penggunaan bahan api dan pengeluaran emisi
secara signifikan. Enjin dengan kuasa tork tinggi pada rev rendah dan julat RPM yang luas itu
meningkatkan kecekapan transmisi dan penjimatan bahan api sebanyak 2%.

Enjin Cummins yang ringan, kompak dan berkuasa, kotak gear ZF 16 kelajuan aloi aluminium, tangki minyak dan material-material ringan yang lain menyumbang kepada penjimatan bahan api.

Bukan itu sahaja, badan yang direka baru mengoptimumkan aspek aerodinamik, mengurangkan seretan dan halangan olengan rendah untuk memaksimumkan penggunaan minyak.

Auman EST telah menjalani ujian pelanggaran yang ketat mengikut standard dan peraturan
Eropah (UNECE R-29-03).

Antara ciri yang menjadikannya sebuah prime mover terbaik dalam kelasnya dari segi
keselamatan termasuklah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Acceleration Slip Regulation (ASR) berfungsi meminimumkan kemungkinan gelincir dengan pintar.

Malah, teknologi tekanan brek enjin yang berkuasa (iBrake) dengan kuasa brek sehingga 370 kuasa kuda membolehkan ECU mengawal setiap sistem brek berdasarkan kepada kondisi operasi.

Kabin didatangkan dengan bampar yang besar dan padu, lampu nyalaan siang LED, lampu
utama berpadatan tinggi dan plat sudut anti lumpur. Auman EST serba baharu juga menambah baik tahap pandangan pemandu secara signifikan apabila dipandu pada waktu malam, seterusnya meningkatkan keselamatan di atas jalan raya.

Dibina dengan mengambil kira kepentingan pemandu, Auman EST serba baharu menawarkan
susun atur dalaman yang ergonomik bersama kabin luas dan berbumbung tinggi untuk
pergerakan serta pemanduan lebih selesa.

Antara ciri keselesaan dan keselamatan lain termasuklah stereng boleh laras, papan pemuka mesra pengguna yang lebih praktikal dan mudah digunakan, tempat duduk pemandu dengan suspensi udara untuk sokongan lumbar, cermin pandang belakang dan tingkap bumbung boleh laras secara elektrik serta katil berkembar yang luas.

Kabin trak dengan suspensi udara sepenuhnya itu mematuhi standard Eropah dari segi kualiti
kedap bunyi bagi mengurangkan bunyi dalaman, sekali gus dapat menambah baik keselesaan
dan fokus pemanduan.

Untuk mudah diselenggara, kabin boleh diangkat sehingga 70 darjah. Trak Auman EST kini boleh didapati dalam tiga model berbeza untuk pelanggan di Malaysia.

Selain sokongan selepas jualan komprehensif melibatkan 18 pengedar servis, pelanggan Auman EST juga akan menikmati jaminan selama 4 tahun dengan perbatuan tanpa had – jaminan paling tinggi dalam pasaran trak tempatan.

Sempena pelancaran ini, Angka-Tan Motor Sdn Bhd turut menawarkan harga istimewa untuk 30 unit terawal yang ditempah sebelum 31 Ogos 2018. Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Angka-Tan Motor Sdn Bhd di talian 603-56386888.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini