Selain dari kereta Volvo dan London Taxi, terdapat satu lagi jenama kereta yang dikenali sebagai Lynk & Co, yang dimiliki oleh pembuat kereta terkenal iaitu Zhejiang Geely Holding Group. Kereta jenama ini dipasarkan khusus sebagai usahasama Geely dan jenama dari Sweden iaitu Volvo.

JENAMA ini sudahpun mendapat sambutan, dan menarik perhatian para belia professional dengan berunsurkan sebuah kereta yang moden, reka bentuk yang bergaya serta connectivity di dalam kereta.

Kereta-kereta tersebut menekankan aspek perhubungan dan komunikasi. Sekiranya anda merasakan bahawa sesebuah kereta itu mempunyai jiwa, maka jenama ini adalah jawapan yang tepat.

Bagi Hazree Hashim dari Pesat Auto Sdn Bhd, beliau berpendapat, “Cawangan mereka adalah mengenai gaya hidup. Jika anda berada di Malaysia, anda akan dapat merasakan seperti berjalan masuk ke dalam pusat membeli-belah Pavilion, dengan pencahayaan yang digunakan, aura, malah kualiti perabot yang digunakan di cawangan itu.

Anda seolah-olah ada di tempat yang mewah ketika berada di cawangan itu. Apa yang kami boleh perkatakan ialah ianya mewah tetapi cukup sederhana.”

“Reka bentuk yang diadaptasikan di cawangan ini seakan sebuah pentas fesyen, yang sungguh bergaya. Di samping itu, bahagian dalamannya pula membawa gaya hipster, tidak seperti di tempat yang lain dan dapat dilihat sebagai satu usaha dari mereka untuk tampil berbeza dari pasaran luar.

Rasa seperti inilah yang diinginkan oleh belia zaman kini. Pada masa kini, kereta yang dibeli dilihat untuk memenuhi pilihan gaya hidup, dan bukannya sekadar sebuah pengangkutan,” tambah Hazree.

Bagi Jeffrey Ngu Heng Hing, daripada Ngu’s Motor Service Sdn Bhd, “Kereta ini menawarkan pelbagai teknologi, pilihan warna yang menarik, reka bentuk papan pemuka yang sederhana, dan model kereta ini dikenali sebagai 01, yang merupakan strategi pemasaran yang hebat, sesuatu yang mudah untuk diingati dan senang untuk dikaitkan dengan pelbagai perkara, seperti dalam nombor 01.”

“Selain itu juga, kereta tersebut turut dilengkapi dengan waranti seumur hidup, oleh itu ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan untuk memiliki kereta ini yang akan memudahkan mereka.

Sebagai permulaan, ini akan terbukti sebagai satu SUV yang hebat,” kata Jeffrey Ngu.
“Selepas berkunjung ke cawangan ini, saya yakin untuk mencontohi apa yang saya lihat. Di ruangan sudut cawangan ini, kami dapat melihat terdapat butiran maklumat pelanggan yang mempamerkan rekod penghantaran yang boleh dilihat oleh orang ramai.

Terdapat juga nama-nama Penasihat Jualan, para pelanggan, serta jadual penghantaran kereta mereka. Ini adalah perkara yang baharu, dan saya ingin melakukan perkara yang sama di cawangan saya.

Maklumat-maklumat seperti itu dapat memberikan gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku kepada setiap kereta pelanggan, serta titik rujukan yang cepat dan berguna,” kata Azizulmu’min Mohd Hussain Malim dari Rohamas Corporation Sdn Bhd.

Bagi Ha Yih Wei pula dari Juara Mulia Motor Sdn Bhd, “Ia adalah satu pengalaman yang berbeza ketika berkunjung ke cawangan Lynk & Co, sama ada dari segi rasa dan rupa. Bahagian dalamannya juga terdapat gambar yang dilekatkan pada  dinding yang mempamerkan sekumpulan wanita muda dan lelaki dengan kata-kata atau slogan mengenai gaya hidup.

Terdapat satu slogan yang menggambarkan kata-kata seperti “Lahir keseorangan tetapi tidak kesepian” – bayangkan ini adalah cawangan menjual kereta, tetapi berapa ramai yang dapat menjiwai mesej ini.

Mesej yang ringkas tetapi penuh makna terutama mereka yang ingin memiliki kereta dan menonjol di kalangan orang ramai. Pengalaman ini adalah benar-benar istimewa bagi kami.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini